Hiburan
Umisya Mazlan Urus Jenazah Bayi Marissa Dania, Turut Sedih - Kakak
Baru-baru ini kecoh mengenai berita anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah kehilangan cahaya mata pertama akibat pramatang.
Susulan itu, kakak kepada madu Marissa Dania, Umisya Mazlan iatu Sella Mazlan memberi respons terhadap berita yang hangat diperkatakan tersebut.
Menuru Sella, dia mengetahui berita tersebut selepas Marissan dan suami, Aslam menghadiri sebuah acara di mana pihak wartawan turut bertanyakan soal kehamilan kepada pasangan tersebut..
“Salam takziah kepada M dan keluarga. Berita ini memang kami dah tahu selepas event yang dikeluarkan media beberapa hari lepas, yang mana wartawan bertanyakan soal kehamilan kepada mereka berdua,” tulisnya.
Tambah Sella, dia turut memaklumkan adiknya, Umisya turut hadir menziarahi jenazah bayi tersebut.
Malah, Sella turut menafikan dakwaan sesetengah netizen yang menganggap berita kehilangan tersebut mengembirakan Umisya sebaliknya turut berduka.
“Adik kami Misya sendiri datang ziarah jenazah, mandikan jenazah dan solatkan arwah bayi.
“Adik kami tidak seronok malah apa yang dikeluarkan dari mulutnya, “ini semua ujian yang Allah SWT aturkan untuk kita,” jelasnya lagi.
“Misya turut sedih dan terkejut tentang berita keguguran dan kematian baby M, kerana adik kami juga ibu dan sekarang pun tengah berbadan dua, jadi sila jaga emosi adik saya. Jaga kata-kata anda wahai manusia,” tutupnya.
Dalam masa sama, Sella turut berharap agar netizen menghormati adiknya itu yang turut berbadan dua kini.
Berita kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa mula heboh diperkatakan selepas dikatakan lahir pramatang.
Julai lalu Marissa menjadi perhatian apabila didakwa sedang berbadan dua apabila baby bump kelihatan di sebuah majlis.
Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila kecoh mengenai keputusan dia bernikah dengan jejaka berstatus suami orang dikenali Ahmad Aslam secara senyap Disember tahun lalu.
Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam didakwa berlangsung ketika isteri pertamanya, Umisya Mazlan sedang berada di Tanah Suci Makkah.
ARTIKEL BERKAITAN: Lahir Dalam Keadaan Pramatang, Bayi Sulung Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dakwaan Hamil Anak Sulung, Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut
ARTIKEL BERKAITAN: Menantu Dalam Mimpi… Abby Abadi Kongsi Momen Bekas Teman Lelaki Marissa Dania? Netizen Cakap Handsome & Sopan
ARTIKEL BERKAITAN: “Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” - Norman Hakim Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Marissa Dania
Must-Watch Video