HIBURAN
Umairah Terhibur Baca Komen Netizen, Ambil Tindakan ‘Block’ Akaun Melampau - “Biasalah Mulut Orang Tak Boleh Nak Tutup”
Tidak lagi sedih atau tergores hati, penyanyi Umairah mengakui dia kini lebih suka membaca komen netizen di laman sosial yang membuatkan dirinya terasa terhibur biarpun ia berbaur kecaman.
Terima komen
Menyedari bukan mudah untuk masuk dalam dunia seni, penyanyi berusia 14 tahun ini berkata, dia kini dapat menerima apa saja komen netizen secara baik kerana sudah melatih dirinya untuk tetap kuat.
ARTIKEL BERKAITAN: Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - “Lagu Ini Mudah Melekat”
ARTIKEL BERKAITAN: Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27
ARTIKEL BERKAITAN: Layak Ke Grand Final WCOPA 2024 Di Hollywood, Umai Gementar, Sentiasa Ingat Pesan Datuk Siti - “Mak Iti Kata Jangan Malu, Berikan Sehabis Baik”
"Sejak masuk program TV dulu ketika kanak-kanak, perasaan saya mudahlah tersentuh. Tapi bila lama-lama, saya latih diri untuk tetap kuat sebab nak masuk industri ini bukanlah senang.
"Biasalah mulut orang tak boleh nak tutup. Tapi bila lama-lama dah latih diri itu, hati kita dah rasa macam bila baca (komen netizen) ia jadi seronok.
“Saya suka baca komen dan ambilnya sebagai kata-kata semangat. Saya langsung tak fikir negatif walaupun komen itu berbaur kecaman," katanya kepada Gempak.
Umairah atau Ummi Umairah ditemui ketika majlis pelancaran lagu rayanya berjudul Tak Balik Raya di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Didakwa tiru nyanyian
Menurut Umairah, dia pernah menerima kecaman netizen yang mendakwa dirinya meniru cara nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza selain menjadi penyanyi disebabkan Biduanita Negata itu adalah ibu saudaranya.
"Saya awal-awal nyanyi pun orang kata saya tiru Mak Iti dan saya jadi penyanyi juga sebab Mak Iti. Tapi mereka (netizen) sebenarnya tidak tahu Mak Iti memang 'support' (sokong) saya dan seluruh keluarga turut menyokong saya.
"Memang dari kecil, Mak Iti dah tengok (bakat nyanyian). Bukan saya nak tiru, tapi nak buat macam mana dah darah daging. Lenggok alunan suara saya pun tidaklah 100 peratus sama. Macam suara emak saya juga," katanya.
Sokongan keluarga
Mengulas cara dia berhadapan tekanan di media sosial, Umairah berkata, sokongan daripada keluarga sangat penting terutama neneknya, Siti Salmah Bachik yang tidak mahu dia membaca komen ditulis itu.
"Tapi, saya ini degil juga dan tetap nak baca komen-komen netizen. Jadi, semakin lama saya semakin okay dan kuatlah. Dapat juga saya menghadapinya.
"Ibu saya (Siti Saerah) juga banyak berikan nasihat. Macam katanya, tak apa biarkan saja orang nak cakap apa, tapi kita teruskan saja hidup kita. Takkanlah baru baca komen, nak 'down' diri terus," katanya.
Sekat akaun
Dalam pada itu, Umairah memberitahu dia hanya akan membiarkan sahaja komen negatif namun akan menyekat akaun yang meninggalkan kenyataan melampau.
Must-Watch Video