,
Hiburan

Ultimate 6 Gabungkan XPDC, Kamikaze, Laksamana & CRK! - "Setiap Teraju Punyai Keunikan Tersendiri"

Amri Hassan
27/01/2024
11:26 MYT
Menggabungkan bekas ahli kumpulan rock otai, Ultimate 6 memberikan kelainan kepada peminat muzik rock tanahair di era 80an dan 90an.

BERITA TRENDING: Pernah Dibayar RM500, Azan Scan Buka Cerita Diperlekeh Penganjur - "Tak Pernah Pun Minta Harga…

Memberikan sentuhan istimewa terhadap dendangan malar segar yang disuntik elemen susunan melodi baharu, setiap seleksi dendangan rock suatu ketika dulu dijadikan sandaran enam anggota band tersebut.
Komposer, Belle Fatah selaku wakil kumpulan itu berkata Ultimate 6 yang menyatukan pemuzik berpengalaman termasuk bekas ahli XPDC, Kamikazee, Laksamana dan CRK direalisasikan untuk membawa pembaharuan dalam arena hiburan tempatan.
"Tercetusnya idea penubuhan Ultimate 6 dengan menggabungkan bekas anggota kumpulan rock dalam satu projek band ini sebagai alternatif dalam persembahan pentas muzik.
"Setiap teraju yang dipilih mempunyai kekuatan tersendiri dan mempunyai peminat masing-masing dengan memberikan kebebasan berkarya, sekali gus menawarkan sesuatu yang berbeza.
"Lagu yang menjadi sandaran disuntik nafas baharu dan kami juga berharap anak muda yang ingin bermain muzik secara serius dapat menjadi Ultimate 6 sebagai rujukan," katanya.
Selain Belle selaku pemain keyboard atau nama sebenarnya Fatah Hassan Said, band berkenaan turut ditunjangi T-Rex sebagai vokalis yang juga dari Kamikaze, Lola XPDC (dram), Eddie CRK (bass), Omar Akira (Laksamana) serta gitaris bernama Aliff Putra, dikenali sebagai Steve Vai Singapura.

BERITA TRENDING: Sesak Nafas, Hampir Pitam... Ibnor Riza Kini Dirawat Di Hospital

Pada masa sama, penubuhan Ultimate 6 juga dilihat bakal merancakkan lagi industri rock tanah air supaya kekal relevan dengan membawa kelainan pada setiap persembahan.
Akui Belle lagi, peminat rock berpeluang mendengar alunan lagu popular rock era kegemilangan di bawah sentuhan pemuzik yang rata-rata berpengalaman lebih dua dekad dalam arena hiburan.
Sebagai pemanas, kumpulan yang ditubuhkan lebih setahun lalu itu mengadakan mini showcase berkonsep di HangOver Café Petaling Jaya di hadapan lebih 100 penonton.
Antara seleksi yang dipersembahkan dengan nafas baru adalah Seruan nyanyian asal Lefthanded, Taman Rashidah Utama (Wings), Pelesit Kota (Serch) dan medley dari Scorpion.
Peminat yang hadir menyatakan rasa puas mengikuti aksi bertenaga dari setiap ahli Ultimate 6 bahkan T-Rex selaku penyanyi juga membawa setiap lagu dengan baik .
Mereka kini dalam perancangan untuk mengadakan satu lagi mini konsert dengan gabungan beberapa band rock popular tanah air.
Bagi yang ingin mengikuti showcase pertama band tersebut, ia dapat disaksikan dalam platform digital iaitu Youtube dan Tiktok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Tentang Kisah Suami Yang Kuat & Taat Jaga Isteri" - The Voltage Lancar Lagu Rock 'Aku Lelaki'

gempak
17/08/2024
13:41 MYT
Kumpulan rock, The Voltage tampil dengan single bergenre rock berjudul ‘Aku Lelaki’.
Hiburan

Hampir 3 Dekad Bertahan, Kumpulan Spider Kongsi Faktor Kekal Lama Dalam Industri Muzik - “Ketelusan Itu Penting”

gempak
17/07/2024
14:55 MYT
Hampir tiga dekad bertahan di dalam industri muzik tanah air, band rock Spider yang dianggotai oleh Tam (vokalis), Pown (gitar), Eiz (bass) dan Aie (dram) tampil menyatakan bahawa perhubungan antara satu sama lain merupakan faktor utama mereka kekal lama sebagai sebuah kumpulan.
Hiburan

“Pada Saya, Mereka Hanya Band Tribute Saja” - XPDC Militia

gempak
28/02/2024
05:55 MYT
Semoga ada penyelesaian.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Seluar Skinny Harimau Tomok Jadi Perhatian Netizen, Tok Ram Kata - “Stylo Eh!”

gempak
03/12/2023
14:21 MYT
Lain macam Tomok malam ni!
Laman Utama

Pernah Dibayar RM500, Azan Scan Buka Cerita Diperlekeh Penganjur - "Tak Pernah Pun Minta Harga Bulan Bintang!

gempak
13/11/2023
04:45 MYT
Rosak periuk nasi.