BERITA
Ular Jatuh Dalam Periuk Punca 100 Murid Pening Kepala, Muntah Sebelum Dikejarkan Ke Hospital
Lebih 100 murid di sebuah sekolah di Mokama, Bihar, India dilaporkan jatuh sakit selepas makan makanan tengah hari yang dipercayai dicemari bangkai ular.
Ular jatuh dalam periuk
Menurut laporan The Times of India, kejadian tersebut berlaku pada minggu lalu di sekolah dalam daerah Patna apabila seekor ular dikatakan terjatuh ke dalam periuk ketika penyediaan nasi untuk program makanan tengah hari.Tidak lama selepas makan, ramai murid mengalami muntah dan pening kepala sebelum dikejarkan ke beberapa hospital berhampiran.
Tukang masak tetap hidangkan makanan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRC) memaklumkan, tukang masak tetap menghidangkan makanan tersebut kepada kira-kira 500 murid selepas mengeluarkan bangkai ular itu.
Justeru, suruhanjaya terbabit mengarahkan siasatan dijalankan dan mengeluarkan notis kepada Ketua Setiausaha Bihar dan Ketua Polis Patna untuk laporan terperinci dalam tempoh dua minggu.Bagaimanapun, Majistret Bahagian Barh, Shubham Kumar menafikan dakwaan bahawa makanan tercemar menyebabkan murid sekolah terlibat jatuh sakit.
ARTIKEL BERKAITAN:Jessica Simpson Minum Sperma Ular Demi Vokal Hebat
ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Cemas Ular Tedung Gigit Kemaluan
ARTIKEL BERKAITAN:'Ingat Kacang Hitam, Rupanya Ular Dalam Aiskrim'
ARTIKEL BERKAITAN:Detik Mencemaskan! Ular Berbisa Enggan Lepaskan Alat Sulit Pempengaruh Terkenal
ARTIKEL BERKAITAN:Baru Nak Melepas Hajat, “Adik” Pula Digigit Ular
Menurutnya, siasatan awal tidak menemui bukti kukuh pencemaran makanan, sebaliknya kejadian itu dipercayai berpunca daripada cuaca panas melampau.
Dia menegaskan siasatan menyeluruh telah dilakukan dan tiada petunjuk menunjukkan punca lain.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video