,
Laman Utama

Ujibakat Dibuka, Ini Cara Sertai Pertandingan Street Dance Terbesar Battleground Malaysia: Road to Gold, Juara Menang RM100,000!

Amri Hassan
18/06/2023
04:40 MYT
Para penari street dance di Malaysia, bersedia untuk bersinar bagaikan emas!
Anda berpeluang untuk diketuai penari-penari hebat negara menerusi pertandingan street dance sensasi yang bakal dipaparkan dalam Battleground Malaysia: Road to Gold, siri realiti sebanyak enam episod yang diterbitkan oleh Astro.
Uji bakat untuk Battleground Malaysia: Road to Gold dengan post rutin tarian anda, sama ada solo atau berkumpulan menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition.
Uji bakat dalam talian bermula 17 Jun hingga 2 Julai 2023 untuk mereka di antara 9 hingga 30 tahun.
Penari yang disenarai pendek akan mara ke pusingan kedua menerusi uji bakat on-ground di pusat membeli-belah AEON Shah Alam pada 8 dan 9 Julai di mana 60 penari akan dipilih untuk bertanding dalam Battleground Malaysia: Road to Gold.
Bermula daripada peringkat ini, empat kapten tersohor akan mencari krew penari mereka masing-masing dengan menguji kebolehan individu menerusi pelbagai cabaran tarian. Hanya penari yang terhandal bakal mara ke peringkat pertandingan seterusnya.
Empat kapten tersohor ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali dalam breaking Lego Sam, wakil B-Boy Sukan SEA Mohammad Faridh “Khenobu” Mohd Yasin, Danny Lee dari kumpulan muzik dan tari 3P (Threee Production) serta penari dari kumpulan yang memenangi Astro Battleground 2010 dan 2011, Savoon (@savooneleven).
Peringkat akhir akan menyaksikan 3 krew penari bertanding untuk merangkul kejuaraan dan akan membuat persembahan di hadapan panel hakim antarabangsa.
Juara akan menerima wang tunai RM100,000 dan tempat kedua akan menerima RM30,000. Selain itu, penari-penari dalam kumpulan kedudukan pertama akan bertanding di antara satu sama lain.
Penari terbaik pertandingan akan menerima RM25,000.
Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan satu inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan.
Untuk maklumat lanjut, layari, https://www.astro.com.my/btgmy
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Hiburan

Hadir Konsert Efek Rumah Kaca, Peminat Bertuah Ada Peluang Dapat Gitar RM2,000

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Band Indonesia, Efek Rumah Kaca (ERK) teruja untuk bertemu peminat menerusi Konsert Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL pada 25 Oktober ini.
Sukan

Jojo Ghazali Dedah Patah Tangan 6 Minggu Sebelum Tumbangkan Josue Cruz

gempak
09/09/2024
13:22 MYT
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia patah tangan sebelum pertarungan dengan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver pada Sabtu.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Pestabola Merdeka: Malaysia Juara, Akhiri Badi 14 Tahun

gempak
08/09/2024
15:59 MYT
MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.