,
Hiburan

Ubat Rindu ‘Mahal’ Treasure Buat Teume Malaysia

Gempak
27/06/2024
13:55 MYT
Selepas setahun, Teume Malaysia akhirnya dapat mengubati kerinduan terhadap Treasure apabila kumpulan yang bernaung di bawah bumbung YG Entertainment itu kembali menerusi 2024 Treasure Relay Tour [Reboot] In Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh iMe MY, konsert penuh tenaga itu diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun lalu.
Pentas konsert dibuka dengan Bona Bona dengan 10 anggota kumpulan tersebut menyarung busana merah hitam penuh megah.
Persembahan Hyunsuk, Jihoon, Yoshi, Jun Kyu, Jaehyu, Asahi, Doyoung, Haruto, Jeong Woo dan Jung Hwan diteruskan menerusi title track popular mereka seperti Jikjin dan Boy.
Tenaga yang dipancarkan oleh Treasure menyala di tengah-tengah Arena menerusi lagu-lagu popular mereka seperti Hello.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy

​ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

​ARTIKEL BERKAITAN: Sukan Olimpik Paris: Presiden MOM Sasar Pingat Emas Untuk 5 Sukan Ini

​ARTIKEL BERKAITAN: "Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Luar Bidang Kuasa KBS" - Hannah Yeoh

​ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia Road To Gold! Ini Merupakan Senarai Atlet Terkini & Skuasy Yang Akan Sertai Sukan Olimpik

Menariknya, persembahan daripada unit seperti T5 dan Asahi dan Haruto turut menarik perhatian peminat menerusi lagu Move dan juga Thank You.
Mungkin tidak keterlaluan dikatakan, persembahan Treasure yang diiringi oleh kugiran secara langsung menambahkan lagi adrenalin penonton, berbanding pengguna minus one.
Menerusi segmen encore, Treasure menyampaikan lagu-lagu hits mereka seperti Run, Going Crazy dan Darari.
Sebelum meninggalkan pentas, Treasure memberitahu: “Selalu sedih apabila kami mengucapkan selamat tinggal, tetapi terima kasih kerana sentiasa menemani kami, dan kami akan terus bersinar lebih jauh!" ujar mereka.
Secara keseluruhan, 2024 Treasure Relay Tour [Reboot] In Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai ubat rindu paling mahal buat Teume Malaysia.
Selain mengotakan janji untuk pulang dan kembali ke sini, persembahan yang dijayakan Treasure sudah cukup besar untuk meninggalkan bekas mendalam terhadap peminat.

Semoga kembali lagi ke Malaysia, Treasure!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.