Hiburan
Ubai Bukan ‘Kaki Pukul’, Shila Amzah Kesal Perkongsian Isu Keganasan Rumah Tangga Disalah Erti - “Saya Tidak Berkahwin Dengan…”
Penyanyi Shila Amzah menafikan dakwaan segelitir netizen yang meninggalkan komen mengatakan suaminya iaitu pempengaruh Ubai adalah kaki pukul.
Simpati dengan nasib Zahnita
Menurut Shila, perkongsiannya sebelum ini mengenai kaki pukul tidak berkaitan dengan kehidupannya dan menyatakan simpati dengan nasib bekas model Zahnita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Kaki pukul tu BUKAN Ubai ya. Apa punya benak la eh tulis fitnah macam tu. Saya simpati dengan nasib yang menimpa Zahnita. Siapa yang pernah melaluinya sahaja yang tahu peritnya.
“Tidak, saya tidak berkahwin dengan lelaki seperti itu. Jadi sekarang ni, saya mahu tutup kes saya,” kongsinya.
Doa untuk mangsa
Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu juga mendoakan agar sesiapa sahaja yang berdepan masalah keganasan rumah tangga dapat kelaur daripada pemangsa mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Mata Lebam, Shila Amzah Dedah ‘Penang’ Pernah Buat Dirinya Trauma - “Ubai Tahu Segala-Galanya…”
ARTIKEL BERKAITAN: Harga Mikrofon Pertama Shila Amzah Sama Seperti Beli Kereta Malaysia - “Macam Inilah, Mungkin Boleh Dapat…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dilihat Tersenyum Bahagia, Shila Amzah & Keluarga Kembali Bersatu Di Majlis Akikah Anak
ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"
“Mari la kita doakan sesiapa yang belum dapat keluar dari masalah keganasan rumah tangga atau apa-apa hubungan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk cepat-cepat lari dari pemangsa mereka.
“Kepada rakan dan keluarga, kalau tiba-tiba kawan/anak kita hilang, goes no contact, these are one of the sign. Please don't leave them alone,” katanya lagi.
Sebelum ini, Shila menerusi Instastory meluahkan rasa simpati terhadap Zahnita dan menganggap ‘abuser’ atau pendera tidak akan insaf dengan perbuatan mereka malah akan mengulangi perkara yang sama.
Shila turut berharap wanita mengalami situasi sama tidak berfikir panjang untuk larikan diri daripada lelaki kaki pukul terutama yang belum berkahwin.
Must-Watch Video