,
Hiburan

Tyzo Sedia Berdamai, Namun Meletakkan Kesalahan Pada Bahu…

Izwan Isa
20/01/2024
05:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui sedia berdamai dengan kemelut yang melanda dirinya dengan stesen radio Suria FM.
Sungguhpun bersedia untuk berdamai, menurut Tyzo, dia meletakkan kesalahan pada bahu Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin dan Pengurus Program, Jay Jay atas penamatan kontraknya.

BERITA TRENDING: Tyzo Jelaskan Kisah Sebenar Di Sebalik Kata-Kata: “Kak Lin, Terima Kasih Atas Penganiayaan Ini”

"Saya tiada masalah untuk berdamai, cuma DJ Lin dan Jay Jay harus dipersalahkan dalam soal ini."Saya tak salahkan Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse kerana beliau tidak tahu apa-apa, hanya dengar dari mulut mereka," dakwanya.
Tyzo berkongsi hal tersebut menerusi sesi bersama media yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada Jumaat.
Dalam masa sama, Tyzo mendakwa, diriya disingkirkan daripada group WhatsApp ketika belum sempat keluar daripada bangunan pejabat Suria FM.
Sedangkan menurut Tyzo, penyampai radio sebelum ini tidak pernah diperlakukan seperti itu.
"Bukan itu sahaja, beberapa segmen yang sudah dirakamkan dan sepatutnya disiarkan pada hari terakhir saya turut dipadamkan.
"Saya tertanya-tanya kenapa diperlakukan sebegitu, adakah saya penjenayah?," katanya lagi.

BERITA TRENDING: Tyzo Akui Minta Kenaikan Gaji Sebanyak RM500, Tapi Nafi Dakwaan Tak Minat Untuk Terus Bekerja

Terdahulu, menerusi kenyataan media, khidmat Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris ditamatkan selepas lapan tahun bersama Suria FM.Pengurus Besar stesen radio berkenaan, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.
Tyzo pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Hiburan

Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

gempak
07/08/2024
00:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander tidak segan silu menyatakan hasratnya untuk memiliki wanita lebih berusia dan pandai berdikari.
Hiburan

Tyzo Masih Berhubung Dengan Lydia Rosli, Kisah Cinta Tak Berbalas Bukan Gimik! - "Dia Orangnya Baik"

gempak
06/08/2024
14:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui hubungan persahabatannya bersama usahawan dan pempengaruh Lydia Rosli masih akrab.
Hiburan

Rakan Artis Sayu Kongsi Kisah Kenangan Bersama Arwah Jay Jay

gempak
05/08/2024
12:20 MYT
Momen sedih buat pengikut industri muzik tanah air selepas dikejutkan dengan berita pemergian pelantun lagu Rindu Bayangan, Jay Jay pada 4 Ogos di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.