VIRAL
Tyra Kamaruzzaman Cadang Cik Epal Dengar Dua Lagu Ini - "It Reminds Me Of Your Situation"
Selebriti dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman, tampil memberikan sokongan emosi kepada Cik Epal yang kini menjadi perhatian susulan beberapa kemelut peribadi dan insiden kecederaan yang dilalui selepas perceraian dengan bekas suami, Jofliam.
Dalam satu kenyataan yang dikongsi secara terbuka kepada Cik Epal menerusi Thread, Tyra meluahkan perasaannya sebagai seorang wanita yang memahami kesakitan emosi dan mencari kekuatan melalui muzik.
Tyra turut mencadangkan dua buah lagu yang menyentuh jiwa dan menggambarkan perjalanan perasaan yang mungkin sedang dihadapi oleh Cik Epal.
“To @cikepal06, saya sebagai seorang perempuan yang suka dengar lagu untuk lebih mendalami jiwa dan keadaan,” tulis Tyra.
Menurut Tyra, lagu pertama bertajuk "Valentine’s Day" oleh Kehlani menyampaikan makna mendalam mengenai pengkhianatan, kesedihan dan kesedaran terhadap harga diri yang dirasakan sangat dekat dengan keadaan yang sedang dihadapi Cik Epal.
“Saya ada dua lagu yang bila Tyra dengar, it reminds me of your situation. Listen to Valentine’s Day by Kehlani (you’ll understand why bila dengar lyrics dia deeply)," cadang Tyra.

Selain itu, Tyra menyarankan agar Cik Epal mendengar lagu "Good Thing", juga oleh Kehlani, yang membawa mesej kekuatan diri.
“Once you’re done listening to that and nak uplift your mood, dengar lagu Good Thing by Kehlani pula (this embodies who you are now)," tambahnya.
Tyra menamatkan pesanan tersebut dengan kata-kata penuh kasih dan solidariti sesama wanita: “Peluk kuat-kuat to you 🤍 You have a lot of women praying the best and only the best for you.”
Luahan ikhlas Tyra ini mendapat reaksi positif daripada Cik Epal sendiri dan ramai pengikut yang mengagumi kepekaan dan sokongan terbuka yang ditunjukkan terhadap wanita lain.
Must-Watch Video