,
Laman Utama

"Turut Bersedih Apa Berlaku Di Gaza" - Ifa Raziah Anjur Himpunan Kemanusiaan Palestin

Amri Hassan
16/11/2023
09:50 MYT
Demi solidariti kepada rakyat Palestin, selebriti dan usahawan popular iaitu Ifa Raziah menghimpunkan barisan selebriti dan pengunjung di Himpunan Kemanusian Palestine di Juru Auto City, Pulau Pinang, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Ifa Raziah Tidur 2 Jam Sehari, Risaukan Festival Raya StarVendors! - "Kalau Tidur Pun Asyik Fikir...

Program tersebut dirangka sebagai salah satu aktviti dalam acara Starvendors Penang Foodstival 2023 yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.
Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha bersyukur dan berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke himpunan tersebut bagi menunjukkan tanda solidariti kepada saudara Islam di bumi Gaza.
“Himpunan ini adalah yang pertama di adakan di Juru, Pulau Pinang. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel.
“Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat kepada lebih 11,000 orang yang membabitkan lebih 4,500 kanak-kanak, 3,027 orang wanita, lebih 678 orang warga emas dan lebih 27,490 orang cedera,” katanya.

Tazkirah Ustaz Wadi Anuar

Malah, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Wadi Anuar turut diundang memberikan tazkirah berkenaan isu peperangan yang melanda bumi bergolak di Gaza
“Selain ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar, kami juga bersama Pertubuhan Khidmat Ummah turut membuat kutipan untuk Misi Bantuan Palestine yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di sana.
“Ingat, anak Melayu, Cina, India dan Palestin itu semua adalah anak kita!,” ujarnya.

Starvendors Penang Foodstival

Bercakap tentang Starvendors Penang Foodstival, kata Ifa, dia membawa lebih 45 selebriti dan pempengaruh media sosial tanah air bagi memeriahkan karnival tersebut.
“Alhamdulillah, kita berjaya pecahkan rekod Malaysia Book of Records untuk penganjuran festival makanan di Pulau Pinang.
“Selain kita berjualan, ada juga booth artis seperti Mila Jirin yang hasil jualannya itu akan di sumbangkan ke Tabung Palestine.
“Terima kasih kepada semua barisan selebriti,pempengaruh, vendors dan penaja-penaja kami yang terus memberi sokongan kepada Starvendors,” katanya.

BERITA TRENDING: 9 Hari Non-Stop, 60 Artis, Ada Road Tour GV & Kemunculan JDT!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

gempak
11/09/2024
06:25 MYT
Sering menjadi tulang belakangnya dalam dunia seni, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay tidak dapat menahan air mata apabila terkenang momen bersama ibunya, Allahyarham Datin Habsah Simpon.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.