,
Laman Utama

Tunku Putera Johor Selamat Dalam Kemalangan Perlumbaan GT Australia

Gempak
12/11/2022
15:30 MYT
Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim tidak mengalami sebarang kecederaan selepas terbabit kemalangan ketika pusingan kelayakan GT World Challenge Australia di litar Mount Panorama, Bathurst, New South Wales, Australia semalam.
Perkara itu dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam hantaran di Facebook baginda.
Baginda menzahirkan rasa syukur dan turut memberikan kata semangat kepada anakandanya.
"Saya bersyukur Tunku Putera tidak cedera. Pastinya tengah terkejut, tetapi dia ok. Saya memberitahunya untuk terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.
"Dia hampir melayakkan diri di tempat ketiga untuk perlumbaan esok, dan ia penampilan pertama Tunku Abu Bakar di litar itu. Dia dan Tunku Panglima, Tunku Abdul Rahman menunjukkan potensi serta persembahan yang baik.
"Semoga kita mendapat keputusan yang baik esok," titah baginda.
Dalam hantaran itu baginda bertitah, pemanduan lebih 200 kilometer sejam melalui bahagian McPhillamy Park litar itu menyebabkan Tunku Abu Bakar hilang kawalan dan terbabas ke penghadang tayar sebelum Mercedez Benz GT3 yang dipandunya terbalik.
Titahnya, orang ramai menarik nafas lega sejurus melihat baginda berjaya mengeluarkan diri dari kereta dan menunjukkan tanda 'peace', kepada penonton sebelum menaiki kenderaan kakitangan litar dan perubatan.
Berikutan insiden dan kerosakan yang dialami, Tunku Abu Bakar dan rakan sepasukan, Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada saingan perlumbaan 'endurance' tiga jam esok.
Manakala, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim bersama rakan sepasukan Broc Feeney akan meneruskan cabaran JMR Triple Eight Race Engineering, bermula dari petak kedua grid.
Sumber – Metro, Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#AgongKita: Jalani Latihan Juruterbang Helikopter, Kemahiran Dalam Aktiviti Air & Permotoran, Ini Antara Biodata Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
07:45 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Berita

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
20/07/2024
03:30 MYT
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
Berita

Sultan Ibrahim Gemar Masakan Kampung, Pedas - Cef Hamdan

gempak
19/07/2024
13:55 MYT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim tidak cerewet dalam pemilihan santapan tetapi seboleh-bolehnya sajian yang disediakan perlulah mempunyai sedikit rasa pedas serta tidak terlalu manis.
Berita

Tunku Ismail Dimasyhur Sebagai Pemangku Sultan Johor Bermula Hari Ini

gempak
28/01/2024
04:50 MYT
Daulat Tuanku.
Laman Utama

Sultan Johor Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Kekal Timbalan

gempak
27/10/2023
07:50 MYT
Sultan Johor Yang Di-Pertuan Agong Ke-17.