,
Viral

"Tunggu Sahaja Kenyataan Rasmi" - DJ Dave Enggan Komen Gambar Viral Cuba Salam Tun M

Amri Hassan
17/05/2018
08:43 MYT
Penyanyi veteran, Datuk DJ Dave mengambil pendekatan untuk berdiam diri buat masa ini berhubung foto yang tular di media sosial memaparkan dirinya cuba untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik laporan NST online, DJ Dave atau nama penuhnya Irwan Shah Abdullah, 70, sebelum ini merupakan antara bintang yang menyokong kepimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, lagunya berjudul Kawan Setia turut dirakam dan digunakan semula sebagai lagu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), baru-baru ini.
Foto tersebut telah mengundang kecaman netizen dan mempersoalkan pendirian politik DJ Dave selepas kekalahan besar parti BN pada 9 Mei lalu.
"Saya tidak mahu menjawab berhubung isu foto viral itu dan tunggu sahaja kenyataan rasmi dan penjelasan saya dalam masa terdekat ini," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, seramai 15 artis veteran berusia 60 tahun ke atas menerima sumbangan berjumlah RM2,000 seorang bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri pada bulan hadapan.
Mereka terdiri daripada Mubarak Ali, Ismail Jantan, Raja Mohamad Rashid Raja Salehudin, Khairul Azhar Abdul Samad, Noraziyan Ibrahim@Yan Ibrahim dan Hashimah Hashim.
Sumber: Sinar Harian, NST Online Foto: Carian Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Temubual Tun M Ketika Berusia 10 Tahun, Kashika Selvam Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
09/05/2023
14:50 MYT
Tahniah Kashika Selvam!
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara
Laman Utama

Anwar Ibrahim Segak Berbaju Melayu Pink, Lengkap Songkok & Capal Mulakan Hari Pertama Jadi PM Malaysia Ke-10

gempak
25/11/2022
04:25 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasnya sebagai pemimpin secara rasmi pada hari pertama.
Laman Utama

"BN Tak Sokong PH, PN, Kekal Jadi Pembangkang" - Ismail Sabri

gempak
22/11/2022
07:25 MYT
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Laman Utama

PRU15: "No Anwar, No DAP, Saya Rela Dipecat” - Tetap Teguh Pendirian, Hishammuddin Tidak Mahu Kerjasama Dengan PH

gempak
21/11/2022
04:18 MYT
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap dengan pendirian.