,
Laman Utama

Tunaikan Rayuan Peminat, Konsert Kangen Band Di KL 2 September Nanti! - "Kali Ini Cukup Berbeza Kerana..."

Amri Hassan
16/06/2023
04:25 MYT
Nama kumpulan Kangen Band tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik di persada muzik Indonesia, mahu pun di Malaysia.
Malah, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.
Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Kangen Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, karya dan muzik Kangen Band terus hidup.
Seiring peredaran masa dan zaman, Kangen Band yang ditubuhkan pada 2005 kembali lagi ke Malaysia yang mana kali ini membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia mereka.
Kumpulan yang dianggotai oleh Andika (Vokal); Dodhy (gitar); Tama (gitar); Bebe (bass); dan Izzy (keyboard) itu bakal menjayakan Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September 2023.
Membawakan tema Kangen Pada Kenangan, tentu saja peminat tidak sabar untuk mendengarkan lagu-lagu bernuansa cinta yang pernah mengangkat nama Kangen Band hingga berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Ramai minta Kangen Band datang KL

Penganjur, Purosangue Entertainment berkata, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa Kangen Band kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar.
“Saya rasa bersyukur kerana berjaya tarik Kangen Band datang ke Malaysia buat kali pertama yang mana sebelum ni saya tengok di media sosial, ramai yang minta untuk Kangen Band datang ke Malaysia untuk buat konsert.
“Suka juga untuk saya kongsikan yang mana bersempena sidang media Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan hari ini, kita akan menjual ‘early bird’ tiket, yang mana kita akan jual pada harga RM200 sehingga 30 Jun ini. Pembelian tiket ni boleh dibeli dekat website kami.
“Saya berharap apa yang kita rancang berjalan dengan lancar dan seterusnya mengubat kerinduan peminat Kangen Band di sini yang ingin menyaksikan persembahan daripada mereka,” katanya.

Tak sabar hiburkan peminat Malaysia

Sementara itu, mewakili Kangen Band, Andika berkata, mereka sudah tidak sabar untuk beraksi di depan peminat di Malaysia.
“Saya mewakili Kangen Band berasa senang kerana dapat datang ke sini lagi untuk menghiburkan peminat. Walaupun sebelum ini pernah membuat persembahan di sini sebagai penyanyi jemputan, kali ini cukup berbeza kerana Kangen Band muncul pada sebuah konsert khas buat semua.
"Jadi, jangan lupa untuk beli tiket kami dan sama-sama hadir di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September ini,” katanya.
Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan Kangen Band adalah Terbang Bersamaku; Takkan Terganti; Kembali Pulang; Tentang Aku Kau Dan Dia; Kehilangan Berat Bagiku; Cinta Sampai Mati; Cinta Sampai Mati 2 dan banyak lagi.
Pada ini, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi jemputan iaitu Andra Bagindas.
Tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold). Pembelian awal atau ‘early bird’ pula RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini.
Pembelian boleh dibuat menerusi laman web www.purosangue.live.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.