,
Berita

Tunaikan Janji, Nedim Nazri Bawa Bayi Ekzema Dapatkan Rawatan Di Hospital

Rozaimi Zubaidi
12/04/2018
01:42 MYT
Suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri tampil menunaikan janjinya dengan membawa seorang bayi yang menghidap ekzema kronik menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.
Menerusi entri di Instagram (IG), ayah kepada bayi tersebut, Danial Rayyan, telah melahirkan rasa syukur apabila Nedim dan Nora sanggup membantu mereka.
“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,” tulisnya.
Rata-rata memuji sikap baik hati serta prihatin Nedim terhadap keluarga yang menimpa masalah penyakit itu dan mereka berdoa agar bayi tersebut cepat sembuh.
Sebelum ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram lawak_ker_der, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang lelaki bernama Danial Rayyan yang meminta doa buat anaknya.
Menurut posting berkenaan, Danial Rayyan menjelaskan anaknya menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk setiap minggu ke hospital untuk rawatan.
Nedim pada bahagian komen memaklumkan sedia menaja kos perubatan bayi berkenaan termasuk kos pengangkutan mereka ke Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.