,
Hiburan

Tunai Hasrat Selepas Tamatkan Tugas, Fara Fauzana Enggan Dilabel Sebagai....

Kamaruddin Razal
01/07/2019
05:37 MYT
Semenjak mengundurkan diri dari dunia penyiaran radio pada Februari 2016, selebriti serba boleh, Fara Fauzana kerap menyertai aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan.
Mesra disapa dengan panggilan Fafau, wanita berusia 39 tahun ini sering melibatkan diri serta menggunakan pengaruhnya sebagai selebriti untuk tujuan yang baik.
"Alhamdulillah, memang menjadi hasrat dan impian saya untuk memberikan lebih masa bagi melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan, kemasyarakatan serta kemanusiaan semenjak mengundurkan diri dari bidang radio pada 2016.
"Selepas menamatkan tugas sebagai penyampai radio, saya memang mahu aktif dalam bidang ini.
"Sedikit sebanyak, saya dapat menolong mana yang termampu. Sejujurnya, pengalaman melibatkan diri dalam kerja-kerja amal seperti ini banyak membuka mata saya," katanya.
Biarpun sering melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti positif, Fafau enggan dilabel sebagai aktivis kerana gelaran itu berat untuk dipikul.
"Bagi saya, gelaran aktivis itu satu tanggungjawab yang berat dan belum boleh saya galas. Saya hanya sekadar sukarelawan sahaja.
"Saya memang gemar melibatkan diri dalam kerja amal seperti aktiviti kemasyarakatan dan kemanusiaan tetapi saya setakat menolong mana yang termampu dan jika saya ada masa lapang sahaja.
"Saya sendiri kagum melihat Mizz Nina dan Heliza Helmi yang memang betul-betul meletakkan komitmen tinggi terhadap kerja yang melibatkan aktiviti kemanusiaan. Mereka lebih layak bergelar aktivis atau ikon dalam bidang ini," katanya lagi.
Fafau ditemui di sidang media YOKUK20 Karnival 2019 anjuran Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan yang diadakan baru-baru ini.
Bakal diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Julai ini, Fafau bersama dua selebriti lain, Maya Karin dan Andi Bernadee akan menyertai perlumbaan kerusi roda 'Wheel With Me' sempena penganjuran karnival terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] “Gila Tak Panik!” Lucu! Pucat Muka Fafau Bila Datuk Siti Tiba-Tiba Hulur Mic Suruh Menyanyi Live

gempak
15/12/2022
08:30 MYT
Buat hal la Fafau ni.
Laman Utama

“Bukan Masa Nak Tanya Kena Macam Mana, Siapa Bagi Kau COVID” - Fara Fauzana Beri Tips, Ini Yang Harus Dilakukan Segera

gempak
21/11/2021
03:00 MYT
Bukan masa nak jadi acik-acik bawang ya.
Highlights

Fara Fauzana POSITIF Covid-19. “Terus Kuarantin Kendiri Bila Tahu ‘Close Contact’ Positif. Kena Jujur.”

gempak
16/11/2021
00:47 MYT
“Saya alami batuk-batuk, pening dan rasa mencucuk di badan. Jiwa pun jadi kacau dan sensitif, tak boleh nak dibuat lawak sangat. Hahaha...” – Fara Fauzana kongsi apa perlu buat sebelum dan selepas disahkan positif.
Laman Utama

Positif COVID-19 Dari Kontak Rapat, Fara Fauzana; "Jiwa Kacau, Suara Jadi 'Jantan', Rasa Cucuk-Cucuk Kat Belakang"

gempak
15/11/2021
03:50 MYT
Get well soon Fafau!
Laman Utama

Diana Amir & Fara Fauzana Beri 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Siri Animasi Kalimullah & Habibullah!

gempak
30/08/2021
11:47 MYT
Siri animasi yang sangat bagus!