,
Berita

Tun Siti Hasmah Terkesan Pemergian Adib, Mahu Dedikasikan Persembahan Gesekan Biola Untuk Allahyarham

Rozaimi Zubaidi
18/12/2018
08:01 MYT
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berhasrat mendedikasikan persembahannya bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir sempena Konsert Duo Lagenda pada 22 Disember ini kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Menurut Siti Hasmah, beliau masih diselubungi rasa sebak dengan pemergian Adib selepas tiga minggu Allahyarham bertarung nyawa akibat kecederaan parah yang dialami ketika bertugas di kuil Sri Maha Mariamman, 27 November lalu.
"Saya nak dedikasikan persembahan itu nanti kepada Adib. Saya masih tak boleh (bercakap tentang Adib), sebak sangat," katanya.
Siti Hasmah bakal mengiringi persembahan dua penyanyi legenda itu menerusi gesekan biola dalam satu segmen untuk persembahan malam VVIP pada 22 Disember ini.
Tiga lagu dipilih untuk segmen istimewa itu ialah Engkau Laksana Bulan, Fatwa Pujangga dan Gubahanku.
Konsert Duo Legenda bakal berlangsung dari 20 hingga 23 Disember ini di Istana Budaya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Personaliti

Kenali FIRST LADIES OF MALAYSIA – Merekalah Isteri Perdana Menteri, Bidadari, Penyeri dan Pencetus Inspirasi

gempak
30/08/2021
14:07 MYT
Di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada figura bernama isteri di belakangnya. Siapa mereka ini yang pernah menjadi wanita pertama negara, sang bunga peneman Perdana Menteri, melewati pelusuk negeri, menabur bakti buat ibu pertiwi.