HIBURAN
Tular Video Syed Saddiq Bersembang Dengan Ibu Bella Astillah, Netizen Terharu; - “Greenlight Kedua Belah Keluarga Sudah Ada…”
Tular sepotong video di platform TikTok memaparkan momen Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq bersama ibu kepada pelakon Bella Astillah.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Syed Saddiq sedang berborak bersama ibu Bella Astillah.
@scha.....a mesra YB n mama bella . #syedsaddiq #bellaastillah #bass ♬ bunyi asal - 𝗠𝗶𝗻𝘇 𝗟𝘆𝗿𝗶𝗰𝘀
Perkongsian tersebut sekaligus meraih perhatian warganet yang rata-rata gembira dan mendoakan yang terbaik selepas melihat video tersebut.
“Mesti YB akan jadi menantu kesayangan.
“Sepertinya greenlight dari kedua belah keluarga sudah ada.
“Ya allah, terharu tengok mama Bella bersembang dengan YB.
“Alhamdulillah, bakal menantu yang direstui satu Malaysia,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, kedua-dua pihak bagaimanapun masih belum mengesahkan mengenai status sebenar hubungan mereka sebaliknya hanya meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Must-Watch Video