,
Viral

Tular Status Seterika Jari PU Amin, Tiz Zaqyah Bandingkan Cara Ulamak Luar Negara Berdakwah

Amri Hassan
26/05/2019
11:12 MYT
Pendekatan berdakwah secara analogi Ustaz Amirul Amin mengenai cara menutup aurat dengan betul tular di media sosial.
Status yang dikongsikan PU Amin di laman Twitter miliknya sekitar September 2018 kembali diulangsiar oleh netizen.
Dalam status berkenaan, PU Amin mengandaikan tahap kepanasan api neraka tidak terbanding dengan suhu seterika.
"Orang perempuan cuba tips ni. Sebelum pakai tudung korang mesti gosok tudung kan?
"Apa kata korang letak jari kat sterika tu dalam tempoh 5 saat, melecur tak jari?
"Kalau melecur, pakai tudung elok-elok tau. Bukan apa kita ni tak kebal dengan panas lagi lagi api neraka," pesan PU Amin.
Status tersebut menarik perhatian pelakon Tiz Zaqyah untuk membandingkan dengan cara pendekatan dakwah ulamak luar negara, Shaykh Azhar Nasser.
"Typical Meleis muslim and a real muslim.
"A man telling a girl to touch an iron plate with two fingers. A man calling out 'dear brothers, and zulaykhas'," tulis Tiz. Bagaimanapun, pandangan Tiz itu dibidas oleh salah seorang pengguna yang menyarankan untuk memperhalusi isu yang ingin disampaikan.
"Tu kan analogi... Pandang isu yang dia nak sampaikan, tak tutup aurat, ada balasa dari Allah kelak.
"Letak jari kat iron pun dah sakit, inikan api neraka?
"Semoga sis faham dan diberikan hidayah oleh Allah," tulis pengguna bernama @syaherrrrr itu.
Namun, Tiz menganggap seseorang pendakwah seharusnya menyampaikan ilmu dengan cara yang berhemah.
"Macam mana nak sampaikan isu kalu adabnya tak sampai langsung?
"Kita tahu mana salah mana buruk mana baik mana betul, tak perlu burukkan lagi keadaan dengan cara dakwah begini kan? Tak salah pun jadi friendly," getusnya lagi.
Status itu terus mengundang perdebatan dalam kalangan netizen hingga ada yang menempelak cara PU Amin menggunakan ayat sedemikian untuk berdakwah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.