Viral
Tular Hina Pakcik Jual Teh Di Majlis Ilmu, Jom Kenali Siapakah Pendakwah Gus Miftah
Kecoh di platform media sosial baru-baru ini membincangkan sikap penceramah bebas yang kini memegang peranan sebagai Utusan Khusus Presiden,Miftah Maulana Habiburrahman. yang disifatkan angkuh dan biadab.
Hal tersebut terjadi selepas tular video Gus Miftah mempermalukan seorang penjual air teh atau minuman di sebuah majlis menjadi tular.
Siapa Gus Miftah?
Memetik laporan di laman repo.uinsatu.ac.id, nama sebenar Gus Miftah ialah Miftah Maulana Habiburrahman.
Beliau adalah seorang lelaki kelahiran Lampung pada 5 Ogos 1981.
Gus Miftah dikenali sebagai keturunan ke-9 Kiai Ageng Hasan Besari, tokoh yang mendirikan Pondok Pesantren Tegalsari di Ponorogo.
Selain itu, Gus Miftah juga dikenali segelintir orang sebagai pendakwah yang dakwahnya tertumpu kepada golongan terpinggir.
Gus Miftah juga terkenal sebagai pengasas sekolah pondok di Kabupaten Sleman. Beliau dikatakan telah mengasaskan Pondok Pesantren Ora Aji yang terletak di Tudan, Purwomartani, Kalasan, Sleman, pada tahun 2011.
Pondok pesantren ini diasaskan oleh Gus Miftah untuk menampung golongan terpinggir yang ingin lebih mengenali agama dan Allah.
Selepas itu, Gus Miftah mula berdakwah di tempat-tempat yang luar dari kebiasaan, seperti di tempat hiburan malam.
Inilah yang menjadikan beliau seorang tokoh yang kontroversi, kerana dianggap berdakwah di tempat yang tidak sepatutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Gus Miftah Jumpa Penjual Teh Yang Digelar B*doh: “Walau Bergurau, Saya Minta Maaf”
ARTIKEL BERKAITAN: Penjual Minuman Yang Dihina Bo*oh Oleh Gus Miftah Dapat Tajaan Umrah
Namun begitu, Gus Miftah merupakan seorang tokoh yang cukup dikenali oleh segelintir masyarakat Indonesia.
Terdahulu, kontroversi yang dicetuskan Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo, Gus Miftah akhirnya usai selepas penceramah bebas itu bertemu dan memohon maaf kepada penjual minuman yang dimalukan dan dihina sebagai bodoh.
Malah, selepas menjadi tular warga emas yang menjual minuman dalam acara Magelang Bersholawat menerima tajaan menunaikan umrah.
Sunaji dijadualkan menunaikan umrah pada awal Ramadan tahun 2025.
Sumber: Detik.com
Must-Watch Video