,
Laman Utama

Tular Foto Lewis Hamilton Muncul Di Stesen Petronas Ampang & KLCC, Rakyat Malaysia Jadi Tak Keruan!

Azwa Rahman
12/04/2022
05:20 MYT
Kelibat jaguh Formula 1 (F1) Lewis Hamilton yang muncul di stesen minyak Petronas Ampang, Kuala Lumpur membuatkan ramai wargamaya teruja.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @aimanhxzm berkongsi foto pelumba Mercedes itu sedang menjalani penggambaran dan menjadi tular.
“Seumur hidup saya tak pernah saya bayangkan akan bertemu dengan Sir Lewis Hamilton, juara dunia 7 kali di stesen minyak Petronas di Ampang,” tulisnya. Mengukuhkan lagi berita kunjungan jaguh tersebut ke ibu kota, beberapa wargamaya turut berkongsi video menyapa Hamilton di sekitar menara berkembar Petronas(KLCC).
Malah, lawatan Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan sebaliknya dia turut disertai rakan gandingan baharunya dari pasukan Mercedes, George Russell.
Sementara itu menjengah ke laman sosial rasmi milik Hamilton, pelumba British berusia 37 tahun itu turut memuat naik video pendek di IG Story memaparkan mercu ikon Malaysia, KLCC.
Di laman Twitter, nama Lewis menjadi sohor kini selepas rata-rata wargamaya meninggalkan komen yang mereka teruja dan tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.
Malah ada yang berharap agar terserempak dengan pelumba tersebut di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat figura itu lebih dekat dengan mata sendiri.
Bro had a race in Australia yesterday and todays hes in Malaysia,” komen seorang wargamaya.
“Haih lewis hamilton pun nak isi minyak kat Malaysia,” usik seorang wargamaya.
“Memang tak gurau dia ada dekat KL,” ujar seorang wargamaya.
“Fuhhhhhhhhhh kalau aku buat-buat isi minyak dekat sana. Aduuuhhh kenapa tak isi minyak dekat Sungai Besi ni,” kata seorang wargamaya.
I would literally die if this happened to me in real life,” tulis seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Twitter @aimanhxzm, @ShamilAfnan dan @hhhnafiz
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
Laman Utama

Tom Cruise Berminat, Begini Respon Shakira Mengenai Gosip Cinta Mereka

gempak
12/05/2023
06:26 MYT
Bercinta pula?
Laman Utama

Lewis Hamilton Dibuli Sejak 6 Tahun, Dipukul, Sekolah Jadi Tempat Paling Trauma

gempak
25/01/2023
14:50 MYT
Lewis Hamilton mendedahkan mengalami trauma sepanjang bersekolah.
Laman Utama

Subang Di Hidung Lewis Hamilton Buat Mercedes Didenda RM100,000

gempak
02/10/2022
05:30 MYT
Pelumba Formula 1 terkenal dunia, Lewis Hamilton terbabit kontroversi
Berita

Tiga Kali Negatif, Lewis Hamilton Luah Rasa Kecewa Kini Positif COVID 19

gempak
01/12/2020
23:10 MYT
get well soon Hamilton