Laman Utama
Tular Foto Buka Tudung, Instafamous Ayana Jawab- “Sukar Untuk Saya Berhijab Sepanjang…”
Foto yang menunjukkan pempengaruh dan model hijab berasal dari Korea yang popular di Malaysia, Ayana Moon tidak bertudung tular dan menjadi bualan hangat.
Ramai mendakwa foto Ayana memperlihatkan rambutnya bersama rakan-rakan dipercayai di Korea itu adalah foto baharu berdasarkan telefon bimbit yang berada dalam foto itu adalah model terbaharu.
Pun begitu Ayana yang sudah 10 tahun memeluk Islam tampil bersuara seolah-olah menjelaskan apa yang sedang berlaku.
Ayana akui dirinya menempuhi banyak cabaran untuk kekal berhijab jika dia berada di Korea Selatan.
“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sukar untuk saya terus berhijab sepanjang saya berada di Korea.
“Tetapi saya ada nyatakan bahawa saya sentiasa cuba yang terbaik untuk memakai hijab,” ulasnya.
Ayana berkongsi perkara berkenaan di akuan Instagram (IG) Story.
Tambah Ayana lagi dia bukan sahaja bekerja sebagai model tetapi menjalankan perniagaan serta memiliki syarikatnya sendiri.
“Saya bukan sahaja model malah juga memiliki syarikat perniagaan sendiri di Korea Selatan serta mempunyai karier sendiri dalam bidang yang berbeza.
“Saya juga seorang pelajar yang sentiasa mendapat markah A dalam subjek Islam di universiti Islam yang mana pelajar yang lahir sebagai Muslim pun tidak berjaya sebegitu.
“Saya tak tahu macam mana lagi saya nak buktikan diri saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu tular juga foto tak bertudung sebaliknya hanya memakai topi Ayana bersama adiknya ketika di sana.
Must-Watch Video