,
Laman Utama

Tular Dakwaan Kicap Meragukan, Mahsuri Tegaskan - “Produk Disahkan Halal Oleh Jakim!”

Mya Amri
15/07/2021
01:45 MYT
Syarikat pengeluaran kicap dan sos masakan buatan Malaysia, Mahsuri Food Sdn Bhd menegaskan produk keluaran mereka dijamin halal.
Kenyataan itu dimuat naik oleh pihak Mahsuri menerusi akaun Facebook rasmi mereka.
Menurut kenyataan tersebut, semua produk keluaran mereka telah disahkan halal oleh JAKIM.
“Saya mewakili pihak Mahsuri Food Sdn Bhd ingin menekankan yang semua produk keluaran Mahsuri disahkan halal oleh JAKIM Malaysia dan juga produk buatan Malaysia.
“Jangan risau, pelbagai langkah dan peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM Malaysia kami patuhi untuk memastikan yang produk Mahsuri halal, bersih dan selamat untuk digunakan oleh semua,” jelas wakilnya.
Terdahulu, timbul satu dakwaan oleh seorang wanita menerusi satu video di aplikasi TikTok yang mendakwa kicap Mahsuri merupakan produk buatan orang bukan Muslim.
Tidak cukup dengan itu, wanita itu juga menyatakan dia meragui status halal atau haram (syubhah) kicap jenama kicap berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

JAKIM Sahkan Roti Jenama Ikhwan Tiada Sijil Halal

gempak
15/09/2024
07:07 MYT
Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Viral

“Ingin Dimaklumkan Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM” - Dolly Dim Sum

gempak
04/09/2024
06:20 MYT
Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.
Laman Utama

Lima Restoran Popular Bukan Pemegang Sijil Halal - Jakim

gempak
03/09/2024
08:25 MYT
Semakan status halal bagi premis Johnny's Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Viral

"Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

gempak
20/08/2024
20:25 MYT
Seorang wanita yang menjadi mangsa produk merkuri berkongsi 'penderitaannya’ melalui di platform media sosial TikToknya baru-baru ini.