,
Laman Utama

Tuju Lagu ‘Sampai Menutup Mata’ Kepada Cinta, Nyanyian Elyana Buat Ramai Sebak

Fiza Kamarudin
15/02/2021
00:10 MYT
Penyanyi Elyana mengundang sebak peminat dan para pengikut di laman sosial Instagaram (IG)nya apabila memuat naik video mendendangkan lagu ‘Sampai Menutup Mata’.
Video tersebut dimuat naik Elyana pada malam Sabtu lalu ditujukan khas buat anak kesayangannya, Cinta Sumayyah, 10.
“Lagu untuk Cinta ku…”, tulis Elyana ringkas.
Sementara itu di ruangan komen rata-rata pengikut sebak mendengar nyanyian Elyana yang penuh penghayatan ketika mendendangkan lagu Acha Septriasa itu.
Mereka turut mendoakan Elyana terus kuat berjuang melawan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Dalam pada itu Elyana turut menerima kata-kata semangat daripada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia seni seperti Almy Nadia, Amyza Adnan, Farhan AF, Haiza dan ramai lagi.
Elyana juga dilihat membalas komen-komen dan kata-kata semangat daripada para peminat dan sahabatnya pada posting berkenaan.
“Terima kasih kerana mendoakan saya...Semoga doa yang baik ini akan berbalik kepada awak semua,” tulisnya sambil meninggalkan emoji hati.
Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal pada tahun lalu mengakui kanser limfoma yang dihidapinya semakin serius.
Kanser tersebut sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha.
Bagaimanapun kata pejuang kanser ini, dia tetap berusaha kuatkan semangat untuk lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.
Pada 2017, Elyana membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Laman Utama

Elyana Kembali Berlakon, Pilih 'Yang Tahu Je Tahu'!

gempak
22/12/2023
09:54 MYT
Lama tak nampak Elyana di kaca televisyen.
Laman Utama

Elyana Dedah Lamar Suami, Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba - “Lantaklah Orang Nak Cakap…”

gempak
20/11/2023
07:55 MYT
Ini kisah lamaran Elyana
Laman Utama

Hero Batang Kali, 'Blake' Mati Kerana Kanser

gempak
19/09/2023
15:24 MYT
Blake hidap kanser limfoma.
Laman Utama

Susulan Rawatan Kemoterapi, Chef Wan Botakkan Kepala - “Rasa Lebih…”

gempak
04/09/2023
05:50 MYT
Chef Wan terus positif