,
Laman Utama

“Tuhan Hadiahkan Kita Kebahagiaan”-Tamat Kuarantin, Aeril Zafrell Bawa Wawa Zainal Sambut Anniversary Ke-10

Syafiqah Jalal
25/02/2022
01:56 MYT
Pelakon Aaril Zafrel bawa isterinya, Wawa Zainal keluar menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 mereka selepas tamat tempoh kuarantin.
Wawa yang disahkan positif Covid-19 sejak lapan hari lalu gembira apabila dapat menamatkan tempoh kuarantinnya di rumah.
“Cari udara segar setelah lapan hari berkurung,” tulis Wawa dalam Insta Story.
Menerusi entri di Insta Story miliknya kelihatan dia dibawa keluar Aeril menaiki kereta berjumpa rakan perniagaannya sekaligus meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.
“Happy anniversary yang ke 10 tahun. Sedar tak sedar 10 tahun dah dengan Aeril Zafrel. Doakan semoga till Jannah ya guys,” tulisnya dalam entri terbaharu di Instagram.
Sementara itu, Aeril juga turut memuat naik foto mereka menyambut ulang tahun itu bersama ucapan dan nukilan istimewa buat isterinya.
Aeril mengucapkan terima kasih kepada Wawa yang selama ni sanggup mengharungi pelbagai onak duri bersama sepanjang berumah tangga.
“Entah bagaimana harus dikatakan tentang hari ini...Saat kita memilih dua jiwa menjadi satu. Satu hati. Satu cinta. Satu cita-cita. Satu harapan. Dan satu tujuan bersama ke Surga di sana Negara Abadi.
“Terima kasih sayang kerana bila berani untuk bersama itu, bermakna dirimu mengerti perjalanan yang bakal kita tempuh bukanlah mudah dipermulaannya kerana penuh getir dan sesekali pasti jua dilambung ombak - dipukul badai ujian. Kita berjaya melewati dan mengharungi semuanya dengan pertolongan ALLAH jua,” tulisnya.
Aeril juga bersyukur kerana Wawa sentiasa menjadi teman dan sanggup berkorban untuk bersama dengannya.
“Tuhan hadiahkan kita kebahagiaan dengan terus bersimpuh kasih padaNya. Barangkali kerana titis air matamu dan doa rintihanmu yang paling tulus lalu dikurniakan kekuatan jiwa, akal dan buah fikir pada dirimu agar titipan rahmatNya berpanjangan hingga kita mengecapi manisnya cinta yang halal dalam redhaNya sehingga saat ini. Terima kasih segalanya sayang..
“Sungguh, kau satu-satunya tempat jatuhnya cinta yang paling bening. Segenap keluh resahku, kau jadi perlabuhan kedamaian. Ketika sakit duka bertandang, kaulah jadi penawarnya. Bila akal dan semangatku mulai tumpul, kaulah yang jadi penajamnya. Bak kata hukama, kau tak ubah seperti kehangatan saat kedinginan.
“Doakan hubungan kami kekal selamanya semua…,” luahnya lagi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Mohon Netizen Henti Buat Spekulasi Isu Rumah Tangga Fattah, Fazura - “Bukan Sebab Curang, Mungkin…”

gempak
17/09/2024
01:37 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin masih lagi menjadi perbualan hangat di laman sosial selepas aktres itu dilaporkan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Jumaat lalu.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.