,
Hiburan

Tudiaaa! Seramai 375,925 Peminjam PTPTN Tak Pernah Bayar Balik Pinjaman

Hanafis Haris
01/11/2019
09:49 MYT
Isu pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh dianggap seperti tiada kesudahan.
Terbaru, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching mendedahkan seramai 375,925 peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman berkenaan.
Jelas Nie Ching, PTPTN memerlukan peruntukan dana secara purata sebanyak RM3.7 bilion hingga RM4.3 bilion setahun.
"Jumlah ini diperlukan untuk menampung pembiayaan pendidikan 180,000 peminjam baharu dan 420,000 peminjam sedia ada," katanya.
Tambahnya lagi, sehingga bulan lalu PTPTN juga telah meluluskan pinjaman berjumlah RM72.1 bilion yang diagihkan kepada lebih tiga juta peminjam sehingga mereka tamat pengajian.
“Daripada jumlah itu RM36.5 bilion untuk peminjam di universiti awam (UA) manakala RM35.6 bilion diperuntukkan kepada peminjam di institusi pengajian tinggi swasta.
“Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebanyak RM57.7 bilion telah dikeluarkan kepada peminjam,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

430,000 Gagal Bayar Balik Pinjaman PTPTN Berjumlah RM6 Bilion - Zambry

gempak
23/09/2024
08:25 MYT
Seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.
Viral

IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ

gempak
23/09/2024
06:55 MYT
Streamer terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kembali membuat kejutan kepada peminatnya di Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Berita

Berdepan 10 Pertuduhan, Alif Teega & Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam

gempak
23/09/2024
02:51 MYT
Pempengaruh Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah atas dakwaan salah guna dana awam.
Hollywood

Pernah Dituduh Lelaki, Lady Gaga Malas Layan : “Peminat Tak Peduli Jantina Saya”

gempak
22/09/2024
13:45 MYT
Lady Gaga akhirnya berkongsi pandangan mengenai gosip yang pernah menerpa pada awal kemunculannya dahulu.
Viral

"Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'

gempak
22/09/2024
05:30 MYT
Menu nasi kandar seharusnya digazetkan sebagai makanan warisan negara, sama seperti nasi dagang, teh tarik, serta roti canai.