,
Berita

"Tuanku Belanja Makan Ikan Patin" - Ustaz Ebit Lew Terharu & Sebak Bertemu Yang di-Pertuan Agong Selepas Misi Bantuan

Badrul Hashim
14/01/2021
05:50 MYT
Sesiapa sahaja mesti akan berasa terharu dan bangga apabila dihargai oleh pemerintah tertinggi negara.
Mungkin itu yang dirasai oleh Ustaz Ebit Lew apabila dijemput Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk menikmati ikan patin bersama-sama. Perkara tersebut dikongsi oleh Ustaz Ebit dalam satu video pendek di Instagram miliknya.
"Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. Terima kasih Tuanku. @istana_negara @this.7
"Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir.
"Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA, Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja. Supaya dapat cover setiap ceruk kawasan banjir. Dari pagi sampai lewat malam. Saya ikut sekejap terasa penat. Tak terkejar dengan bantuan Tuanku," tulis Ustaz Ebit Lew.
Ustaz Ebit turut berkongsi kemesraan antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan keinginannya bersama pasukan bantuan untuk bergambar bersama Ketua Negara Malaysia.
"Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.
"Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Kata Tuanku ini semua takdir Allah atas pertemuan ini.
"Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia. Daulat Tuanku," tulis Ustaz Ebit lagi.
Sebelum ini Ebit Lew pernah berkongsi pengalaman memberi bantuan kepada mangsa banjir bersama dengan Pemangku Raja Pahang.
Baca: "Malu Rasa Saya Dengan Layanan Tuanku" - Ustaz Ebit Lew Kongsi Kisah Bersama Pemangku Sultan Pahang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Sultan Johor Diisytihar Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Perak Kekal Timbalan

gempak
27/10/2023
07:50 MYT
Sultan Johor Yang Di-Pertuan Agong Ke-17.
Laman Utama

“Allah Uji Sebab Sayang…” - Ebit Lew Reda, Isteri Keguguran

gempak
15/12/2022
03:50 MYT
Semoga dipermudahkan semuanya.
Laman Utama

Mendaki Bukit Pakai Jubah, Ramai ‘Ghisau’ Tengok Ebit Lew - “Laju Sangat Tu, Pakai Jersi Lagi Okay..”

gempak
25/07/2022
00:56 MYT
Hati-hati turun bukit tu ustaz.
Laman Utama

Adik Ini Menangis Dapat Hadiah Motor Dari Ebit Lew, Tidur Bawah Jambatan Sejak Usia 10 Tahun

gempak
30/04/2022
14:30 MYT
Sampai ke Jakarta Ebit bantu.
Laman Utama

4 Keluarga Hilang Kediaman Akibat Banjir, Ebit Lew Bantu Bina Rumah Baharu - “Tak Berhenti Mereka Ucap Terima Kasih…”

gempak
31/01/2022
06:50 MYT
Semoga dipermudahkan