,
Viral

“Tuan Dia Yang Patut Kena” - Warganet Tak Setuju Anjing Pitbull Serang Wanita Dibunuh

Fiza Kamarudin
04/08/2020
08:44 MYT
Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita parah diserang anjing jenis pitbull di kawasan perumahan Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka.
Anjing tersebut kini berada dalam tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan penyakit.
Perkara tersebut disahkan Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika menerusi laman sosial Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.
Arie berkata anjing yang menyerang wanita di Taman Tanjung Minyak Perdana sehingga mendatangkan kecederaan parah itu sedang menanti ‘hukuman’ samada dilupuskan atau dilatih sebagai ‘guard dog’.
“Melawat dan menjenguk keberadaan anjing Pitbull di DVS Melaka pada hari kedua selepas kejadian serangan untuk melihat keadaannya.
“Diakui anjing Pitbull ini mempunyai sifat garang dan bengis.
“Seluruh masyarakat pencinta haiwan menunggu keputusan sama ada nasib anjing ini bakal dilupuskan atau dijadikan guard dog?
“Orang ramai yang mahu menjadi penanggungjawab anjing Pitbull boleh berhubung dan memohon dengan DVS Negeri Melaka untuk pertimbangan,” katanya.
Bagaimanapun rata-rata warga net tidak bersetuju anjing tersebut dilupuskan, sebaliknya kata mereka pemilik yang harus bertanggung jawab dan dipersalahkan.
“Hukum tuan dia kerana lalai menjaga anjing dia..Minta jangan lupus kan anjing ni.
“Owner yang harus bertanggungjawab terhadap mangsa..Anjing tu tiada otak untuk bezakan baik atau buruk..Sifat semula jadi dia yang menyerang. Tuan dia harus dihukum, bukan anjingnya,” antara yang ditulis tulis pengikut FB.
Ada juga pemilik anjing pitbull lain yang menulis komen tentang haiwan tersebut yang boleh dijinakkan jika dilatih dengan betul.
“Ini anjing pitbull saya. Dia telah dilatih dan dijinakkan. Dia duduk di luar rumah dan melihat orang lalu lalang. Ini cara kami memelihara pitbull kami. Pemilik yang harus dihukum bukan anjing.
“Anjing hanya bertindak mengikut sifat semula jadinya. Menyerang apabila berasakan wilayahnya dicerobohi. Tiada anjing yang jahat, yang jahat tu tuan dia!,” komen seorang warganet lagi.
Terdahulu Persatuan Haiwan Malaysia menyeru orang ramai mengesan pemilik anjing yang menyerang wanita tersebut.
“Sesiapa yang dapat kesan pemilik anjing ini segera salurkan maklumat keberadaan suspek penjenayah pemilik anjing ganas kepada Abang Kucing – 0127413497 supaya suspek yang kini diburu oleh Pihak Berkuasa (Polis, DVS dan PBT) dapat ditangkap, diheret ke mahkamah dan dihukum seberat-beratnya.
“Kerajaan ada Seksyen 325 Kanun Keseksaan – Menyebabkan Kecederaan Parah yang membawa hukuman Penjara sehingga 7 tahun dan denda.
“Anjing Pitbull antara 7 Baka Larangan yang DIHARAMKAN bawa masuk ke nagara ini dan DIHARAMKAN pelihara kerana sifat Ganas dan boleh membawa maut apabila menyerang manusia.
“Tahun lalu Animal Malaysia pernah suarakan kebimbangan pembiakan dan pemeliharaan anjing ganas Baka Pitbull Terrier yang semakin berleluasa tanpa pemantauan pihak berkuasa kerana khuatir serangan anjing dan pembiakan secara kacukan dengan anjing tempatan tidak terkawal yang bakal memudaratkan.
“Mana-mana komuniti yang melindungi pemilik anjing tidak bertanggungjawab ini. Mereka adalah boleh dianggap penjenayah dan musuh negara,” kongsi NGO tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar