,
Hiburan

Tuah Gadis 23 Tahun, SYA Disunting Jadi Artis Rakaman Wanita Pertama Def Jam Asia Tenggara

Kamaruddin Razal
13/09/2020
22:47 MYT
Siapa sangka kemampuan seorang gadis bernama SYA untuk meluahkan perasaan melalui prosa berirama dan cintanya kepada kosa kata yang ditulis sekitar Disember 2018 akan memberikannya peluang emas beberapa tahun kemudian.
Kini, SYA disunting sebagai artis wanita pertama yang menandatangani kontrak dengan Def Jam Asia Tenggara di ketika usianya 23 tahun.
"Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan beberapa produser dan artis terbaik masa kini.
"Sangat gembira diangkat sebagai seorang rapper, bukan hanya sebagai wanita, tetapi juga dari segi kreativiti.
"Tetapi sebagai rapper wanita pertama mereka, saya merasa seperti memikul satu tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk sekurang-kurangnya menjadi contoh bahawa wanita dapat bertahan dalam industri sama seperti lelaki.
"Mudah-mudahan pengaruh saya akan dirasai dalam bidang lain juga,” kata SYA.
Minat dan tujuannya kepada muzik tidak lari dari sentimen asalnya sejak hari dia berkongsi puisinya.
"Saya membuat muzik kerana pada mulanya itu adalah satu bentuk terapi bagi saya, agar saya cekal mengharungi sesuatu, meluahkan keresahan saya.
"Kemudian perlahan-lahan ia menjadi cara bagi saya untuk menolong orang meluahkan emosi mereka, tentang mencari seseorang yang memahami," katanya lagi.
Walaupun pengaruhnya berbeza, merentasi spektrum Hip Hop dan R&B tahun 1990-an hingga ke awal tahun 2000-an, SYA menyatakan bahawa inspirasi utama adalah ibunya.
"Saya tidak pernah benar-benar menyoal diri sendiri dalam hal muzik yang saya sukai kerana biasanya saya boleh dapat inspirasi dari berbagai sumber. Tetapi apa yang saya rasa baik kebanyakannya dipengaruhi oleh ibu saya.
"Bercakap mengenai penulisan lagu, kesemuanya adalah gabungan pengalaman peribadi, orang di sekitar saya atau khayalan dalam fikiran saya. Semuanya dari tempat yang jujur," seloroh Sya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Karangan BM Pun Dapat 9/100" - Rapper Wanita Pertama Def Jam Asia Tenggara, Sya Akui Pernah Jadi Mangsa Buli Gara-Gara...

gempak
22/12/2020
01:10 MYT
Sya pernah menjadi mangsa buli selepas pulang dari menetap di Bahrain
Laman Utama

SYA Tampil Dengan Single Sulung, PrettyGirlBop Bersama Yung Raja!

gempak
16/12/2020
10:25 MYT
Tuah pendatang baru penyanyi rap wanita pertama Def Jam Asia Tenggara, SYA seakan datang bergolek-golek! Manakan tidak, apabila single pertamanya berjudul PrettyGirlBop, mendapat sentuhan penerbit terkenal SonaOne, suatu nama yang tidak asing bagi khalayak peminat hip-hop mahupun peminat industri hiburan tanahair.