,
Laman Utama

“Tu Nama Dia Nak Tutup Periuk Nasi Orang!”- Michael Ang Tak Setuju Post Review Kedai Makanan Tak Sedap

Syafiqah Jalal
08/11/2022
01:49 MYT
Pengarah dan produser drama, Michael Ang tidak setuju jika ada pihak seperti pempengaruh membuat rebiu kedai makan di media sosial jika ia tidak menepati citarasanya.
Kata Michael lebih baik pergi sendiri tegur tukang masak atau empunya kedai makan tentang kekurangan yang boleh diperbaiki.
“Kalau nak review makanan yang tak berbayar sebab beli sendiri, review saja la benda baik dan sedap. Ada juga faedah untuk kita.
“Kalau benda tu tak sedap tak payah la post, tu nama dia nak tutup periuk nasi orang, tak baik!
“Lagi baik kalau awak pergi kedai tu dan cakap dengan tuan kedai makan tu kenapa tak sedang jadi dia boleh betulkan atau pun diam je. Kalau betul tak sedap kedai tu akan tutup sendiri,” tegasnya.
Pengarah drama The Maid 2 itu meluahkan pendapatnya di akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun Michael tidak mempersoalkan jika rebiu atau kandungan di media sosial yang dibuat itu berbayar.
“Tapi kalau buat review berbayar tak sedap pun kena cakap sedap,” ujarnya.
Menerusi kapsyen pula Michael memberitahu citarasa setiap orang berbeza jadi tak perlu mempertikaikan rasa masakan setiap kedai itu.
“Apa-apa pun tekak manusia semua lain lain. Sedap untuk aku tak semestinya sedap untuk orang lain. And tak sedap untuk aku tak semestinya tak sedap untuk org lain. Aku tak suka tempoyak berjuta lagi manusia luar sana love tempoyak!,” beritahunya.
Kemas kini itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang rata-rata menyokong kenyataannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Viral

Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue

gempak
06/09/2024
07:25 MYT
Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai.
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
Viral

Pelanggan Tersilap Bayar Makanan RM26.60 Jadi RM2,660, Pemilik Kedai Mahu Pulangkan Duit

gempak
04/09/2024
15:55 MYT
Sebuah restoran tempatan mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila seorang pelanggan secara tidak sengaja memindahkan duit sebanyak RM2,660.