,
Laman Utama

Tren Brek Mengejut, Penumpang Cedera

Fiza Kamarudin
24/05/2021
14:15 MYT
Beberapa penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dilaporkan cedera dalam satu kejadian dipercayai akibat tren brek secara mengejut, hari ini.
Rapid KL menerusi laman Facebooknya berkata, berlaku satu insiden di laluan Kelana Jaya membabitkan dua buah tren.
Pihak Rapid Kl turut memohon maaf atas kejadian tersebut dan akan menyelesaikan secepat mungkin.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut.
“Berdasarkan laporan awal yang diterima, tren berkenaan telah brek mengejut dan bukan disebabkan pelanggaran.
“Beberapa penumpang telah terjatuh dan tercedera. Kita akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi K! Online.
Sementara itu Astro Awani melaporkan Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.
"Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan,” menurut sebuah kenyataan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

2 Koc LRT ‘Bersemadi’ Di Dasar Pulau Tioman Sebagai Terumbu Tiruan

gempak
19/07/2024
06:55 MYT
Dua gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) disumbangkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk dilabuh ke dasar laut Pulau Tioman sebagai tukun tiruan LRT pertama adalah tren terawal yang digunakan di Laluan Kelana Jaya sejak tahun 1998.
Viral

"Saya Lihat Kilat Merah ..." - Penumpang LRT Pudu Kongsi Detik Cemas, Gerabak Kepanasan Lalu Berhampiran Bangunan Terbakar

gempak
19/06/2024
12:43 MYT
Tular satu video dimuat naik di Instagram World Of Buzz dipercayai penumpang LRT Pudu mengalami ketakutan selepas kereta api menjadi panas akibat bangunan yang sangat hampir terbakar.
Viral

Dihalau Suami, Wanita Bersama Dua Anak Kecil Duduk Di Stesen LRT

gempak
20/05/2024
08:55 MYT
Satu hantaran menyentuh hati yang dibuat oleh seorang wanita di Facebook baru-baru ini telah membuka mata ramai pihak apabila posting tersebut menceritakan tentang seorang ibu bersama dua anak kecil yang seharian duduk di LRT Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, dipercayai dihalau suami.
Laman Utama

Lelaki Dikecam Enggan Alihkan Beg Yang Diletakkan Di Tempat Duduk Kosong Dalam LRT

gempak
08/12/2023
12:55 MYT
Siap buka kasut lagi
Laman Utama

“Tiba-Tiba Mangsa Melompat Dan Baring Di Landasan” - Lelaki Digilis LRT Bukan Terjatuh

gempak
02/12/2023
05:45 MYT
Lelaki yang maut digilis tren transit aliran ringan (LRT) di stesen Dato Keramat semalam dipercayai turun ke landasan sendiri.