Viral
#TRAVELMANA: Yogyakarta Catat Suhu Serendah 19 Darjah Celsius, Masa Yang Sesuai Untuk Pergi Bercuti!
Yogyakarta, Indonesia, lokasi yang popular dalam kalangan pelancong mengalami penurunan suhu yang ketara sejak beberapa minggu lalu.
Menerusi WeatherSpark, kota yang meriah dengan pelbagai tarikan menarik tersebut mencatatkan suhu serendah 18.8 darjah celsius, iaitu jauh lebih rendah berbanding suhu normal sekitar 23 hingga 31 darjah celsius.
Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik Yogyakarta (BMKG) Warjono dalam kenyataan bertulis yang dilaporkan Kompas berkata, suhu di Yogyakarta bakal berada dalam lingkungan 19 hingga 23 darjah celsius, bermula 5 Julai hingga 14 Julai.
Warjono berkata, penurunan suhu baru-baru ini adalah disebabkan oleh pergerakan jisim udara sejuk dan kering daripada angin monsun Australia, yang membawa udara sejuk dan kering.
Suhu rendah
Fenomena itu juga bertepatan dengan kemuncak musim kemarau di Yogyakarta, yang biasanya berlaku antara Julai dan Ogos.
Udara sejuk juga boleh disebabkan oleh litupan awan yang agak rendah, yang membolehkan haba yang dipantulkan dari permukaan bumi keluar tanpa terperangkap oleh awan.
ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: Teroka Dunia Safari! AirAsia X Bakal Terbang Ke Kenya, Afrika Mulai 15 November 2024
ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Bangunan Unik, Pantai - Ini Lima Tarikan Best Di Barcelona, Siap Jadi Lokasi Penggambaran Filem!
ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
ARTIKEL BERKAITAN: #Travelmana: A Villa By A River... Villa Nur Jannah Tarikan Baharu Di Janda Baik!
ARTIKEL BERKAITAN: #TRAVELMANA: Main Lawan-Lawan Cat Sambil Uji IQ, Ini 4 Tarikan Menarik Di Bomb Battle Cawangan Terbesar Malaysia
Suhu sejuk di Yogyakarta dijangka berlarutan sehingga Ogos 2024.
Suhu paling sejuk pernah direkodkan di Yogyakarta ialah 17 darjah celcius pada 15 Ogos 2018, lapor Antara.
Jika anda mahu ke Yogyakarta, ini merupakan masa yang sesuai untuk ke sana. Antara lokasi menarik yang boleh dikunjungi termasuklah Candi Borobudur, Istana Kraton, Taman Sari, Candi Prambanan dan Jalan Malioboro.
Must-Watch Video