,
Laman Utama

#TravelMana: Rindu Deruan Ombak? Lima Pulau Ini Wajib Anda Kunjungi Selepas Tamat PKP

Azwa Rahman
11/02/2021
12:30 MYT
Pasti ramai di antara kita yang sudah menyusun jadual percutian dan tenang menunggu pengumuman merentas daerah dan negeri dibenarkan.
Duduk sahaja di rumah membuatkan kita cukup merindui desiran angin laut, pokok nyior melambai serta pasir pantai memutih.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan, tak salah untuk anda merancang awal destinasi pulau pilihan bersama orang tersayang.
Di sini Gempak cadangkan lima pulau menarik untuk boleh anda kunjungi tidak lama lagi.
1. Pulau Kapas, Terengganu
Pulau Kapas merupakan antara pulau yang underrated di negeri Terengganu. Kedudukannya hanyalah sekitar 6KM dari jeti Marang.
Pulau Kapas cukup popular dengan keindahan air yang bersih dan pasir yang memutih. Selain sukan air, salah satu aktiviti lain yang anda boleh cuba di sini adalah mencandat sotong.
Anda boleh menyewa bot yang terdapat di jeti Marang untuk aktiviti ini yang kebiasaannya rancak dilakukan dalam bulan Jun ke Julai setiap tahun.
2. Pulau Lankayan, Sabah
Tidak jauh dari bandar Sandakan terletaknya sebuah pulau indah yang masih terpelihara, Pulau Lankayan.
Pulau Lankayan menjadi pilihan penyelam skuba kerana terumbu karang dan hidupan marin makro yang indah.
Terdapat hampir 40 lokasi menyelam untuk anda terokai dan yang paling popular adalah Lankayan Wreck.
3. Pulau Gemia, Terengganu
Pulau Gemia terletak hanya 5KM atau 15 minit sahaja menaiki bot dari jeti Marang di Kuala Terengganu. Bagi anda yang ingin ke Pulau Kapas, boleh singgah ke Gemia yang hanyalah 800 meter dari satu sama lain.
Pulau yang diliputi pohon-pohon yang mekar menghijau ini merupakan sebuah pulau persendirian yang juga dikenali sebagai Coral Island kerana dikelilingi oleh terumbu batu karang.
Walaupun kurang popular dalam kalangan pelancong tempatan, pulau ini agak terkenal bagi pelawat asing. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di pulau ini adalah berkayak, snorkeling, jungle trekking dan jika bernasib baik, anda dapat menyaksikan penyu bertelur.
4. Pulau Babi Besar, Johor
Untuk ke pulau indah ini, anda perlu menaiki bot sekitar 30 minit dari Jeti Mersing, Johor. Pulau Babi Besar antara pulau yang agak privacy kerana mempunyai hanya empat resort sahaja.
Anda boleh memilih daripada pakej 4 hari 3 malam ataupun 2 hari 1 malam yang ditawarkan oleh resort-resort di sini jika berkunjung ke Pulau Babi Besar.
5. Pulau Payar, Kedah
Pulau Payar tidak termasuk dalam kepulauan Langkawi. Ia terletak kira-kira 30 KM dari Langkawi dan mengambil masa hampir satu jam menaiki bot ke destinasi.
Pulau Payar terkenal sebagai lokasi snorkeling terbaik di pantai barat semenanjung Malaysia. Air laut yang jernih, kaya dengan karang serta pelbagai hidupan ikan berwarna-warni membolehkan aktiviti snokeling menjadi tumpuan di kawasan ini.
Anda memerlukan masa seharian untuk beraktiviti di pulau ini.
Rancang percutian anda seawal yang mungkin, pulau-pulau di Malaysia sudah tidak sabar menanti kehadiran pelancong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Long Weekend Menanti Sehingga Disember 2024, Ini Lokasi Berdekatan Ibu Kota Yang Boleh Anda Kunjungi!

gempak
01/06/2024
04:55 MYT
Umum mengetahui yang Malaysia cukup ‘kaya’ dengan cuti umum. Terbaharu, ramai dalam kalangan kita sudah merancang untuk bercuti sempena dengan cuti umum Hari Keputeraan Agong pada Isnin depan.
Laman Utama

#Travelmana: Jalan Jalan Cari Makan! 3 Port Makan Best Di KL Cadangan The Michelin Guide Yang Korang Boleh Cuba

gempak
03/08/2023
13:54 MYT
Tempat makan yang menarik!
Laman Utama

#TravelMana: Pamer 400 Ribu Spesis Bunga, Jom Serbu Floria Diraja Putrajaya! Penggemar Orkid Wajib Datang

gempak
02/09/2022
20:13 MYT
Jom serbu weekend ni!
Laman Utama

#TravelMana: Tak Perlu Kuarantin, New Zealand Buka Sempadan Untuk Pelancong Malaysia! Ini 3 Aktiviti Wajib Cuba

gempak
06/08/2022
03:57 MYT
Jom kumpul duit.
Laman Utama

[FOTO] #TravelMana: Fefeling Di Tokyo, Festival Terbesar Jepun Nihon Matsuri Di Bukit Jalil Hingga Ahad Ini!

gempak
30/07/2022
01:46 MYT
Rugi kalau tak pergi.
Unitar