,
Laman Utama

#TRAVELMANA: Cuti Krismas Tak Tahu Pergi Mana? Rasai Pengalaman Menaiki Luge Bersama Keluarga Di Skyline Luge Kuala Lumpur!

Firdaus
09/12/2023
08:55 MYT
Perayaan Hari Krismas bakal menjelang tidak lama sahaja lagi. Semestinya, ramai dalam kalangan ibu bapa yang sedang merancang percutian menarik untuk seisi keluarga.
Buntu tidak tahu mahu ke mana? Mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk membawa anak-anak ke Skyline Luge Kuala Lumpur yang telah pun dibuka bermula pada hari ini!

PILIHAN PEMBACA: #TravelMana: Nak Pergi China Dah Tak Perlu Visa… Tapi Dengan Syarat

Merupakan taman rekreasi pertama seumpamanya di Malaysia, taman rekreasi mesra keluarga ini adalah tapak Luge kedua di Asia Tenggara dan yang kelapan di dunia.
Taman aktiviti Skyline Luge menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer yang terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza, iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres dengan setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter.
Ciri-ciri unik taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang dilimpahi lampu LED bergerak yang penuh keajaiban.
Selain itu, pengunjung bukan sahaja boleh merasai pengalaman menaiki Luge yang mampu memacu adrenalin, malah ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke kawasan FunPark yang mempunyai pelbagai tarikan seperti Big Bucket Splash, Fruity Frenzy dan Jumpshot.
Skyline Luge dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, pada pukul 10 pagi hingga 6 petang. Waktu operasi dilanjutkan sehingga pukul 10 malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Tiket masuk dijual pada harga bermula RM20 dan layari skylineluge.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Hiburan

Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”

gempak
10/08/2024
02:50 MYT
Pelakon, Dayana Roza berdepan detik cemas apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Gaya Hidup

Cuti Sekolah Tak Tahu Nak Pergi Mana? In 5 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Di Kuala Lumpur!

gempak
30/05/2024
18:55 MYT
Cuti sekolah sememangnya waktu yang paling dinantikan sama ada dalam kalangan pelajar mahupun ibu bapa.
Advertorial

Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya

gempak
28/04/2024
08:55 MYT
Bestnya Melbourne!
Advertorial

Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk

gempak
27/04/2024
13:39 MYT
Bestnya!