gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Mahu Penuhi Keinginan Teman Lelaki, Ibu Tergamak Biar Anak Dinoda
BERITA
Tidur Dengan Mayat Suami Selama Tujuh Hari
BERITA
Remaja Perempuan Maut Selepas Picit Jerawat, Guna Krim Tidak Sah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ASTRO GEMPAK ARTICLE

Transformasi Ekstrem Demi Kerja, Zul Ariffin Turun 20 Kg Dalam Masa 2 Bulan - “Rendah Karbohidrat, Rendah Gula…”

gempak
gempak
30/06/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Transformasi Ekstrem Demi Kerja, Zul Ariffin Turun 20 Kg Dalam Masa 2 Bulan - “Rendah Karbohidrat, Rendah Gula…”
Pelakon, Zul Ariffin sekali lagi membuktikan komitmen luar biasa terhadap setiap karakter lakonan yang dibawanya.

Transformasi ekstrem

Terbaharu, Zul menerusi hantaran di Instagramnya mendedahkan dia telah menjalani transformasi fizikal ekstrem selama 60 hari sebagai persiapan untuk filem aksi terbarunya.

“Hari ini hari ke 60. Genap dua bulan pengorbanan, 20 kg turun. 101 kg hingga 81 kg. Dua black out, satu hidung berdarah. “Banyak migrain dan pening, rendah karbohidrat, rendah gula, semua rendah lah. Masih dua tiga jam latihan setiap hari,” kongsinya.

Cabaran terbesar

Tambah Zul lagi, penurunan berat badan itu merupakan antara cabaran terbesar dalam hidupnya.

“Tidak mudah, malah ia merupakan salah satu cabaran terbesar yang saya tempuhi setakat ini. Kali terakhir saya mencuba adalah pada sembilan tahun lalu dan itu hanyalah 12 kg.

“Saya kata saya akan melakukannya tetapi secara jujurnya saya berasa tidak yakin sepenuhnya. Kadang-kadang anda hanya perlu tempuhinya secara terus.
“Bersedia untuk mulakan penggambaran Furious,”kongsinya.
View this post on Instagram
A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)
Terdahulu, Zul sebelum ini mendapat perhatian dari segi lakonan dan penampilannya menerusi filem box office iaitu Sheriff.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement