,
Laman Utama

Tragedi KRI Nanggala 402: JAWI Saran Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Lakukan Solat Jenazah Ghaib

Azwa Rahman
27/04/2021
07:05 MYT
Masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat jenazah ghaib bagi mangsa tragedi kapal selam KRI Nanggala 402.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail membuat saranan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan tragedi dan pengumuman semasa dibuat oleh kerajaan Indonesia berkaitan kelasi KRI Nanggala 402, Jawi menyarankan solat jenazah ghaib diadakan selepas solat Isya' pada malam ini (Selasa).
"Ini bagi mendoakan keampunan dan kerahmatan bagi mangsa yang telah terkorban," katanya.
Mohd Ajib turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan kesabaran dan kecekalan hati menghadapi ujian tersebut.
KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu (21 April) lepas ketika misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali.
Pada 25 April, Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto mengumumkan semua kru kapal selam itu terkorban.
Berdasarkan visual daripada "Remotely Operated Underwater Vehicle" terakam keadaan kapal berkenaan yang "terbelah menjadi tiga bahagian" di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Bazar Ramadan Di Wilayah Persekutuan Dibenarkan – Menteri Wilayah:  “Sekarang Pasca COVID-19, Kita Perlu Gerakkan Aktiviti Ekonomi…”

gempak
08/02/2022
22:44 MYT
Rezeki buat para peniaga...
Laman Utama

Latif Romly Terima Gelaran ‘Datuk’ Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan

gempak
08/02/2022
08:20 MYT
Tahniah kepada semua atlet.
Laman Utama

VIDEO: Solat Jenazah Ghaib Siti Sarah Di Masjidil Haram, Shuib Terharu- “Bergembiralah Bidadariku…”

gempak
10/08/2021
07:38 MYT
Allahuakhbar.... Rezeki arwah... Alhamdulillah...
Laman Utama

Sampai Jumpa Nyanyian Anak Kapal KRI Nanggala 402 Yang Gugur Viral, Vokalis: "Ini Memang Lagu Anthem Perpisahan"

gempak
26/04/2021
04:20 MYT
berderai air mata melihat ketenangan mereka
Laman Utama

Tragedi KRI Nanggala 402: Netizen Sebak Lihat Video Terakhir… Seperti Ada Firasat, Anak Enggan Lepaskan Bapa Bertugas

gempak
25/04/2021
00:50 MYT
Allah... Anak seolah-olah tahu itu pertemuan terakhir dengan bapa...