,
Laman Utama

Top 5 Artis Usia Lebih 40 Tahun Tapi Tetap Cantik! Kulit Pun Flawless!

Mya Amri
29/12/2022
07:34 MYT
Benarlah seperti yang dikata, umur hanyalah sekadar angka, yang penting kecantikan diri harus pandai dijaga.
Malah jika dapat wajah cantik dan awet muda dikala usia sudah mencecah lebih 40 tahun itu juga boleh dikira sebagai bonus bagi wanita kan?
Jadi di sini Gempak inin kongsikan top 5 selebriti cantik dan awet muda tak padan dengan usia. Memang meletop!
#Sofia Jane
Menyebut nama Sofia Jane akan lekas terbayang di mata betapa sofistikated dan klasiknya aktres berkaliber ini.
Kejelitaannya dari muda sehingga kini sudah berusia 50 tahun tetap memukau.
Malah, meski watak antagonis Ibu Zara yang dimainkan dalam drama premium Astro Original, One Cent Thief dibenci, namun tidak dapat dinafikan banyak yang cair dengan pesona jelita yang masih ‘sarat’ pada wajahnya.
Mengaku kejelitaan atau cantik bukan sebuah ‘isu penting’ buat dirinya, namun beliau bersyukur kerana dianugerahi dengan ‘pakej’ sedemikian.
Nak tahu apa rahsia Sofia Jane kekal jelita? Anda boleh baca di bawah:
BACA: Watak Ibu Zara Kejam, Tapi Kejelitaan Sofia Jane Buat Penonton Cair; “No Fancy Make Up, Jaga Pemakanan & No ...”
#Datin Maria Farida
Sebut sahaja nama Datin Maria Farida pasti terbayang wajah cantik Pan Asian milik pelakon berusia 53 tahun ini.
Tidak hanya wajah, Maria Farida juga terkenal dengan tutur kata yang lembut, penampilan yang cantik dan juga bentuk badan yang langsing.
Tapi pernah tak terfikir apa agaknya rahsia Maria Farida berwajah baby face ya? Nak tahu, anda boleh baca di bawah:
BACA: Rahsia Awet Muda? Maria Farida Kata Kurangkan Mengumpat!
#Nasha Aziz
Walaupun usianya sudah menjangkau 51 tahun namun kecantikan Nasha Aziz tidak dimamah usia.
Disebabkan kejelitaannya itu maka wajarlah Nasha digelar sebagai supermodel berpengaruh dan setiap kali wajahnya dirakamkan menerusi lensa kamera, pasti akan ada yang memuji selain terkesima melihat kecantikkannya.
BACA: (FOTO) Nasha Aziz Is Back, Wajah Jelitanya Buat Netizen Terpesona
#Rozita Che Wan
Terkenal dengan busana kepuk-kepuk manja, bulu mata palsu, penampilan meletop tak nak kalah umpama setiap tempat yang dijejaki adalah medan peragaan, siapa lagi kalau bukan Che Ta! BACA: [VIDEO] “Bot 2 Jam, Kereta 40 Minit, Kena Jalan Kaki”- Dugaan Bercuti, Baju Kepuk-Kepuk Tetap Maintain, Che Ta Menang!
Dengan personaliti yang menarik, tidak sombong, suka ketawa dan lucu membuatkan ramai menyukai pemilik nama Rozita Che Wan ini.
Mungkin disebabkan sikapnya yang sentiasa happy go lucky dan positif membuatkan dirinya nampak muda.
BACA: [VIDEO] “Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi” – Netizen Puji Kecantikan Aaisyah Datang Daripada Rozita Che Wan
#Vanidah Imran
Kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama Kudeta, wajah Vanidah Imran tetap tidak banyak berubah, kekal anggun dan kelihatan lebih cantik meskipun meniti usia 49 tahun.
Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Vanidah pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 dan berjaya merangkul tempat kedua tau.
Dah nama pun bekas ratu cantik, patutlah sampai sekarang Vanidah tetap kelihatan awet muda. Oh jangan salah sangka ya, sebenarnya pelakon hebat ini juga gemar mengamalkan gaya hidup yang sihat.
BACA: “Warna Kulit Bukan Pengukur Kecantikan Seseorang, Yang Penting ....." - Vanidah Imran
Bonus:
#Datuk Syafinaz Selamat
Kerana kecantikan dan bakat luar biasanya, Datuk Syafinaz Selamat pernah digelar sebagai Cheon Seo Jin Malaysia.
BACA: OhDaebak: Ingat Korea Je? Datuk Syafinaz Selamat Cheon Seo Jin Malaysia Tau, Siap Nyanyi Lagu Penthouse
Oh tidak cukup dengan itu, Syafinaz juga mendapat gelaran sebagai vampire disebabkan wajah awet mudanya.
Disebabkan gelaran itu juga, Syafinaz menegaskan bahawa wajahnya adalah asli tanpa sebarang pembedahan plastik.
BACA: “Muka Saya Original Ya!” - ‘Vampire’ Malaysia! Kekal Awet Muda, Syafinaz Selamat Kongsi Rahsia Kecantikan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad & Che Ta Belajar Main Skuasy Sampai Bola ‘Melekat’ Pada Kepala Abang Cameraman

gempak
12/09/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Hiburan

Che Ta Tak Kisah Menantu Tinggal Bersama Lepas Kahwin, Siap Tawarkan Pembantu Rumah - "Menantu Happy, Saya Senang Hati"

gempak
08/08/2024
07:58 MYT
Mempunyai sifat memahami, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 53, sedia menggajikan pembantu rumah demi keselesaan menantunya selepas berkahwin dengan anak sulungnya.