,
Laman Utama

Tony Eusoff Bawa Watak Paderi, Netizen Tak Sabar Tonton Filem Penunggang Agama 2

Azwa Rahman
15/10/2021
06:50 MYT
Pelakon kacak Tony Eusoff mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi poster filem terbaru lakonannya, Penunggang Agama 2 yang berada di platform Astro First pada 19 Oktober ini.
Tony yang memegang watak sebagai seorang paderi yang bertugas di sebuah gereja di Cameron Highland, Father Michael memuat naik foto tersebut untuk tatapan umum. Selain Tony, filem sekuel ini masih mengekal teraju utamanya iaitu pelakon popular tanah air, Zul Ariffin sebagai Amir, bersama pelakon, penyanyi dan juga pengacara Azira Shafinaz sebagai Anna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pelbagai reaksi terhadap filem terbaru lakonan Tony itu.
Tidak kurang juga ramai yang tidak sabar menyaksikan kesudahan filem Penunggang Agama yang terdahulu.
Penunggang agama 1 jalan cerita dia boleh tangkap, hantu tak seram. Tapi pelakon dia sangat menjadi menyebabkan masa aku tak terbazir. Kira ko enjoy the story. Penunggang agama 2 ni nampak macam ada 2 agama. Jarang movie sentuh macam ni. Mesti best,” ujar seorang wargamaya.
THANKS U SYAFIQ YUSOF!!! Yang Mana TAK FAHAM apa yang berlaku di Malaysia now... Ini lah jalan ceritanya,” komen seorang wargamaya.
Haritu yang filem 1 best! Suka tengok Zul Arifin berlakon,” kata seorang wargamaya.
Interesting. Didn't expect this kind of concept. Looking forward to it!” tulis seorang wargamaya.
Oh i can just see the comments and replies to this movies and all will be about Tony and Zul are daddy. Y'all need holy water and air zamzam ready,” usik seorang wargamaya.
Aku tengok trailer malam tadi and i was like..okeyyyy okeyyyyy this is different,” kongsi seorang wargamaya lagi.
Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.
Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021 Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Paderi Penipu, Kutip Derma RM2.8 Juta Buat Sedut Lemak & Bayar Yuran Gym

gempak
29/08/2024
18:25 MYT
Seorang lelaki berjaya memperdaya ramai orang dengan mengaku dirinya seorang paderi dan juga doktor yang memiliki klinik serta menjalakan misi bantuan di Lubnan hanya dengan meminta derma melalui kiriman emel.
Viral

Paderi Dakwa Bertemu Tuhan & Diberi Mandat, Jual Tanah Di Syurga Boleh Bayar Pakai PayPal, Google Pay…

gempak
02/07/2024
13:46 MYT
Seorang paderi di sebuah gereja Mexico menjadi buah mulut selepas membuat tawaran mengejutkan buat pengikut ajaran Kristen.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Viral

Selalu Tak Datang Set Penggambaran, Tony Eusoff Dedah Nak Tampar Aktres Bermasalah?

gempak
27/05/2024
11:25 MYT
Pelakon Tony Eusoff mendedahkan dia mempunyai keinginan untuk menampar seorang pelakon yang membuat masalah ketika bekerjasama dengannya dalam sebuah karya. Pelakon Tony Eusoff mendedahkan dia mempunyai keinginan untuk menampar seorang pelakon yang membuat masalah ketika bekerjasama dengannya dalam sebuah karya.