,
Laman Utama

Tonton Filem On Your Mark, Datuk Fazley Terkenang Memori Dengan Bapa

Azwa Rahman
31/08/2021
06:46 MYT
Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia bermula 26 Ogos.
Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.
Menerusi laman sosial Twitter, filem ini nampaknya telah meruntun hati ramai selebriti dan salah seorang daripada adalah penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley.
“Macam mana hubungan korang dengan bapak korang? Saya ada masa garang macam singa, ada masa penyayang macam kucing!
Highly recommend you guys untuk menonton filem ini On Your Mark now di Astro First.. tahniah @chiudao.. Share sikit bapak korang macam mana?” tulis Fazley.
Highly recommend you guys untuk menonton filem ini On Your Mark now di Astro First.. tahniah @chiudao..#OnYouMark ?
Share sikit bapak korang macam mana? pic.twitter.com/LXnJ6K87NH— Dato' Fazley Yaakob (@FazleyYaakob) August 30, 2021 On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.
Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.
Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.
Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.
Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain

gempak
04/02/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia punyai alasan tersendiri tidak dapat hadir menyaksikan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Hiburan

Isteri Fazley Yaakob Dedah Tak Pernah Dapat Jemputan Konsert, Cabar Individu Bersemuka! - "Datang Jumpa Saya Kalau Berani"

gempak
27/01/2024
02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mendedahkan pihaknya sekeluarga tidak menerima sebarang undangan untuk menghadiri mana-mana konsert.
Laman Utama

Mantap! Fazley & Imran Aqil Kalahkan Duta SO7, Vincent Dalam Perlawanan Badminton

gempak
18/11/2023
04:50 MYT
Tepok Bulu ‘23 antara Malaysia vs Indonesia.
Laman Utama

Bila Ada Atlet Berpihak Pada Zionis, Fazley: “Sebelum Buat Sesuatu Fikir 10 Kali”

gempak
11/11/2023
02:00 MYT
Fazley beri nasihat kepada individu yang mempunyai pengaruh di media sosial
Laman Utama

Isu Artis Sorok Sakit Demi Dapat Job, Fazley Yaakob Komen; "Mencari Sesuap Nasi Tak Seharusnya Membebankan Mereka Yang Uzur"

gempak
05/05/2023
00:54 MYT
Korang tak rasa ke ini sangat memedihkan dan menyedihkan?