,
Laman Utama

“Tong Sampah Ada Tapi Buat-Buat Tak Nampak” - Pemuda Ini Kecewa Saloma Link Terus Jadi Mangsa...

Hanafis Haris
14/09/2020
09:50 MYT

Setelah dibuka secara rasmi pada 6 Februari lalu, Saloma Link terus menjadi tumpuan sebagai antara lokasi menarik di Kuala Lumpur.

Mengetengahkan konsep sirih junjung dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi, Saloma Link telah mencuri tumpuan ramai untuk mengambil gambar.

Walaubagaimanapun, masalah utama yang dihadapi Saloma Link sehingga hari ini adalah masalah lambakan sampah sarap.

Terbaru, perkongsian seorang pemuda di Twitter yang terpaksa mengutip sampah untuk membersihkan Saloma Link mencuri tumpuan.

Menurut pemuda tersebut, tindakan membersihkan laluan itu adalah kerana terlalu rimas dengan sampah dibuang sesuka hati oleh orang ramai.

“Bila aku rimas dengan sampah aku kutiplah. Tong sampah ada tapi buat-buat tak nampak kot,” katanya.

Usaha murni yang ditunjukkan oleh Rudy mendapat perhatian netizen dan ramai memuji tindakannya.

Malah, rata-rata netizen juga mengecam tindakan pengunjung yang buang sampah merata-rata walaupun tong sampah sudah disediakan

Untuk rekod, jambatan ini telah menelan kos RM31 juta yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank, tidak jauh dari Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dengan adanya jambatan ini, warga kota boleh berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC dalam masa 10 minit sahaja, berbanding lebih 30 minit jika melalui jalan raya yang sibuk sebelum ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pembunuh Bersiri Pikat & Hapuskan 42 Wanita Termasuk Isteri Di Tempat Buang Sampah

gempak
17/07/2024
12:00 MYT
Seorang lelaki Kenya yang disyaki sebagai pembunuh bersiri mengaku telah membunuh 42 wanita sebelum membuang potongan mayat mereka di tempat pembuangan sampah.
Berita

Budak 4 Tahun Tidur Dengan Longgokan Sampah, Abang Penagih Dadah & Ibu Kemurungan

gempak
07/07/2024
08:55 MYT
Seorang anak kecil berusia empat tahun terpaksa tinggal dalam rumah dipenuhi longgokan sampah berpunca ahli keluarga terjerumus dalam najis dadah.
Viral

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

gempak
08/04/2024
05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan
Laman Utama

Tuduh Warga Asing Cemari Bukit Bintang, Netizen Kritik Sikap Rakyat Malaysia - “Mentaliti Sampah!”

gempak
26/12/2023
04:54 MYT
Daripada menyalahkan orang lain, cuba muhasabah diri
Laman Utama

Pantai Lahad Datu Penuh Sampah, Netizen Salahkan Warga Asing – “Benda Ni Jadi Sebab Pendatang”

gempak
07/12/2023
07:55 MYT
Perbaiki diri masing-masing