Laman Utama
Tom Holland Kongsi Pengalaman Berhenti Minum Alkohol: “Keputusan Terbaik Dalam Hidup”
Aktor Tom Holland berkongsi mengenai salah satu perkara yang biasa dilakukan dalam kehidupan peribadinya iaitu mengambil minuman beralkohol.
Kata bintang The Spider-Man: Far From Home ini, dia seorang peminum alkohol tegar sebelum pada satu hari di tahun lalu tiba-tiba terdetik untuk berhenti minum.
Menurutnya sebagai seorang kaki botol, berhenti minum adalah satu usaha yang sangat sukar dilakukan. Ada pada masa dirinya tidak kuat dan cuba itu melakukan ‘penipuan’ mula meminum dalam kuantiti yang sedikit.
Namun setiap kali perasaan ingin minum datang, Holland memujuk hati dengan mengatakan dia boleh meneruskan cabaran ini sekaligus akan menjadi sesuatu yang baik jika tidak tergoda dengan diri sendiri.
“Semuanya bermula pada Disember lalu. Saya tidak ‘menyerah’, tapi saya macam mahu berhenti sahaja selepas minum dengan sangat banyak pada musim cuti bulan Disember.
“Jadi bermula Januari cabarannya saya asyik terfikir untuk minum semula. Saya sangat ingin (minum) sehingga bimbang takut adakah saya mula ketagih.
“Saya pujuk diri kata teruskan sebulan lagi dan kemudian sebulan lagi sehingga berjaya bebas alkohol selama enam bulan sekarang. Ini adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan,” katanya sewaktu muncul dalam episod On Purpose with Jay Shetty seperti dilaporkan People.
Setelah beberapa bulan bebas dari alkohol, bintang berusia 27 tahun ini mengaku banyak perubahan positif yang berlaku ke atas dirinya.
“Saya boleh tidur dengan tenang. Saya selesaikan masalah dengan lebih baik. Misalnya jika ada masalah berlaku di set penggambaran yang akan membuat mood saya berubah, saya sudah boleh menerimanya dengan baik.
“Mental saya menjadi lebih jelas. Saya juga lebih sihat dan cergas,” dedah Holland.
Malah hal yang lebih mengujakan bagi Holland adalah bagaimana percubaan berhenti mengambil alkohol ini turut mempengaruhi keinginan ibunya.
“Ibu saya peminum yang sangat tegar. Tapi selepas dia melihat saya berhenti minum, dia mendapat inspirasi daripada saya dan ikut melakukannya.
“Apa yang boleh saya katakan saya rasa hebat bila tidak lagi bergantung atau minum alkohol,” katanya penuh teruja.
Must-Watch Video