,
Laman Utama

Tom Cruise Berminat, Begini Respon Shakira Mengenai Gosip Cinta Mereka

Maliah Surip
12/05/2023
06:26 MYT
Dunia Hollywood sekarang sedang hangat mengikuti kisah dua figura terkenal iaitu aktor Tom Cruise dan penyanyi Shakira yang baru-baru ini dirakamkan bersama sewaktu perlumbaan Formula 1 Grand Prix di Miami.
Sejak itu, spekulasi mengenai keduanya mungkin akan menjalin hubungan serius tersebar.
Hal itu dikuatkan apabila Page Six melaporkan satu sumber memberitahu Cruise, 60, sangat berminat untuk mengajak Shakira keluar.
“Cruise sangat berminat untuk mencuba (Shakira). Mereka ada chemistry,” tambah sumber tersebut lagi.
Namun lain halnya dengan Shakira. Menurut sumber seperti dilaporkan Geotv, penyanyi yang berpisah dengan pasangannya, Gerard Piqué baru-baru ini tidak berminat untuk keluar bersama Cruise.
Shakira, 46, malah menyifatkan laporan yang dikeluarkan sebaagi tidak masuk akal.
“Shakira memang seronok menghabiskan masa dengan Cruise di F1 tapi dia tidak berminat untuk keluar dating dengannya,” kata satu sumber.
Sumber yang sama menambah: “Cruise memang sangat baik, tapi Shakira tidak dalam fasa untuk berkenalan dengan dia atau lelaki lain buat masa ini. Dia ada banyak perkara yang perlu diberi keutamaan.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

gempak
04/09/2024
03:55 MYT
Personaliti media sosial, Aya Amiruddin mendedahkan bahawa dirinya sedang ‘berkawan’ dengan seorang jejaka.