,
Laman Utama

“Tom Adalah Tulang Rusuk Saya Yang Selama Ini Hilang” - Fuad Rahman

Shahrin Zulkifle
06/03/2023
08:00 MYT

Pernah memutuskan hubungan cinta pada tahun 2005, penyanyi Fuad Rahman menyifatkan pertemuan semula bersama Tom yang kini sah menjadi isterinya sebagai sebuah hikmah.

Kata Fuad, dia menyifatkan isterinya itu ibarat tulang rusuk miliknya yang selama ini telah hilang.

“Saya menganggap detik kami disatukan kembali dan kemudian sah bergelar suami isteri sebagai sebuah hikmah. Saya rasa Tom adalah tulang rusuk saya yang selama ini hilang.

“Dia ialah rusuk yang selama ini saya tercari-cari dan akhirnya ketemu di pentas Gegar Vaganza. Tidak membuang waktu, saya terus lamar dia untuk jadi kekasih hati saya.

“Kemudian beberapa bulan saya lamar dia untuk menjadi isteri dan dia terima. Saya langsung tak mampu nak gambarkan betapa gembiranya perasaan saya,” kata Fuad kepada Gempak.

Fuad berkata demikian usai majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di lokasi acara Foodstival anjuran Star Vendors di Pasir Gudang, Johor.

Sementara itu, menurut Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, dia menganggap detik pertemuan semula bersama bekas kekasihnya itu sebagai jodoh yang sudah ditetapkan oleh Tuhan.

“Kalau dah jodoh itu tetaplah jodoh. Bila ingat kembali waktu tahun 2005 yang kami pernah kenal banyak kenangan dan ujian yang kami lalui bersama. Menangis, ketawa, pahit, manis semua pernah kami rasai bersama.

“Kemudian dia hilang tanpa say goodbye, pergi ke rumah baru. Allah atur dan pertemukan kami dengan cara yang kami sendiri tidak menyangka. Happy sangat,” kata Tom.

Dalam pada itu, Fuad jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila akhirnya dia bergelar suami yang sah kepada Tom.

Malah, penyanyi berasal Singapura itu sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan ingin membimbing Tom ke jalan yang lebih baik.

“Perasaan memang tidak digambarkan betapa gembiranya saya apabila dapat mengahwini orang yang betul-betul saya sayang. Kami sudah pun mengenali perangai masing-masing sebab sebelum ini pernah rapat.

“Maka ini adalah masa yang paling tepat untuk saya jadi pembimbing untuk isteri saya Tom. Insyallah kami akan bersama-sama menjaga hubungan ini sebaik mungkin,” tambahnya.

Terdahulu, majlis resepsi perkahwinan Fuad dan Tom berlangsung dengan meriah di acara Foodstival anjuran Star Vendors.

Menariknya, resepsi yang cukup meriah dihadiri 2000 tetamu itu ditaja sepenuhnya oleh pihak Star Vendors dengan jumlah tajaan RM1 juta.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”

gempak
11/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Hiburan

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

gempak
25/04/2024
23:55 MYT
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Hiburan

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

gempak
25/04/2024
08:25 MYT
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Hiburan

Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”

gempak
19/03/2024
06:25 MYT
Wah sedap nama anak Tom & Fuad.