,
Viral

"Tolong Minta Izin Saya!" - Lagu Bobo Dimana Didakwa Tiru Lagu Lain? Rapper Indonesia Buka Mulut

Amri Hassan
13/09/2018
09:55 MYT
Rapper popular Indonesia, Roy Ricardo tampil menjelaskan kekeliruan mengenai lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nursajat dan Lucinta Luna.
Roy yang pernah popular dengan lagu Semalem Bobo Dimana pada tahun 2014 mendedahkan telah menerima banyak kiriman mesej daripada peminat untuk menjelaskan kekeliruan antara kedua-dua lagu itu.
“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan!
"Kepada Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya.
"Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya," jelas Roy Ricardo dalam sepotong video yang dimuat naik di YouTube semalam.
Lagu Bobo Dimana nyanyian Aliff Syukri, Nursajat dan Lucinta Luna meraih perhatian ramai sejak lirik videonya dilancarkan seminggu lalu.
Sebelum ini, bintang Big Stage, Andi Bernadee pernah merakamkan semula lagu nyanyian Roy dengan menukarkan judulnya menjadi Semalam Sahur Dimana.
Bagaimanapun, Andi telah mendapatkan persetujuan daripada Roy terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lucinta Luna Sertai Miss Universe Indonesia 2024, Tukar Nama Jadi Ayluna Putri

gempak
07/08/2024
12:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna mengumumkan bakal menjadi barisan peserta ratu cantik Miss Universe Indonesia tahun ini.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Mahu Kembali Jadi Lelaki, Lucinta Luna Dakwa Punya Kualiti Alat Sulit Terbaik

gempak
16/01/2024
14:55 MYT
Selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna mengaku ingin kembali kepada fitrah menjadi lelaki semula
Laman Utama

Netizen Mengamuk Lihat Lucinta Luna Selamba Solat Aidiladha Di Saf Wanita

gempak
30/06/2023
00:50 MYT
Macam-macam hal
Laman Utama

[FOTO] Akui Macam Pasangan Kembar, Luna Maya & Lucinta Luna Bimbang Tertukar Teman Lelaki

gempak
30/05/2023
15:50 MYT
Macam kembar ke?