gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
FDAM Tuntut Penjelasan Isu Gugur Nama Pengarah Filem 'Misteri Fraser 1910'
HIBURAN
"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
HIBURAN
Ada Hubungan Istimewa Dengan DJ Internasional? Ini Respons Sabronzo Dolla - “Saya Terharu Ramai Nak Tahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin

gempak
Gempak
13/05/2025
05:57 MYT
Sponsor Banner
"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin
Datuk Bandar Makassar, Munafri Arifuddin memberi teguran tegas kepada golongan berpendapatan rendah agar lebih bertanggungjawab dan bijak dalam merancang saiz keluarga masing-masing, terutamanya dari segi jumlah anak.
Beliau menyuarakan peringatan itu semasa melawat kediaman seorang pelajar penerima biasiswa Sekolah Rakyat, Nayla, yang terletak di Jalan Pandang 4, Kelurahan Pandang, Kecamatan Panakukang, Makassar, Sulawesi Selatan, pada Khamis.
“Saya sudah tegaskan, kalau si bapa atau si ibu masih bekerja secara tidak tetap, pendapatan pun belum cukup untuk menampung keperluan keluarga sebulan, tolong jangan asyik tambah anak. Gunakan kaedah perancang keluarga,” kata Munafri di hadapan penerima bantuan makanan asas.
Ucapan tersebut dibuat dalam konteks usaha kerajaan menangani kemiskinan melalui inisiatif Sekolah Rakyat serta bantuan sosial daripada kerajaan pusat.
Munafri turut menzahirkan kebimbangan apabila masih ramai keluarga miskin yang memiliki ramai anak walaupun pendapatan mereka amat terhad.
“Bayangkan, pendapatan hanya sejuta rupiah sebulan (RM285), tapi anak lima orang. Bagaimana mahu cukupkan makanan, pakaian dan keperluan nutrisi mereka? Inilah realiti yang kita perlu ubah,” tegas beliau lagi.
Dalam ucapannya, beliau juga mengingatkan tentang kejujuran dalam proses pemilihan penerima bantuan. Menurutnya, setiap pelajar yang diterima ke Sekolah Rakyat harus benar-benar datang daripada keluarga miskin dan bukannya hasil manipulasi data.
“Jangan tipu dalam pengisian data. Jangan pula sampai sanggup ‘memiskinkan’ rumah sendiri demi dapat bantuan. Bantuan ini untuk yang benar-benar memerlukan,” katanya tegas. – Agensi
Topic Berkaitan
#Anak
#Indonesia
#Makassar
#Tegur
#B40
#Miskin
#Datuk Bandar
Must-Watch Video