,
Laman Utama

Tolak Tepi Soal Peribadi, Siti Saleha Profesional Bawa Watak Wanita Alami Masalah Rumah Tangga Dalam Love In Lockdown

Izwan Isa
22/02/2022
07:50 MYT
Pelakon Siti Saleha mengakui bersikap profesional ketika menggalas tanggungjawab memegang watak Dr Suzanna, seorang wanita dan ibu yang sedang mengalami masalah rumah tangga menerusi drama bersiri Love In Lockdown.
Menurut Saleha, dia mahu memberi fokus yang penuh bagi menjayakan watak berkenaan tanpa terbawa-bawa kisah perceraiannya baru-baru ini.
BACA: Love In Lockdown Papar Kisah Pahit & Getir Barisan Hadapan Ketika Pandemik
“Saya meletakkan sepenuh hati saya terhadap watak yang diberikan dan saya akui saya harus profesional.
“Betul, watak yang saya galas dalam Love In Lockdown ini memang ada persamaan dengan kisah hidup saya.
“Tetapi, saya cuba bawa karakter ini dengan baik tanpa perlu melibatkan masalah peribadi,” katanya ketika ditemu bual menerusi sesi sidang media virtual baru-baru ini.
Untuk rekod, Saleha dan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar yang mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 sah bercerai dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor pada 17 Januari lalu.
BACA: Siti Saleha Sah Bercerai, Redha Perkahwinan Hanya Bertahan 4 Tahun
Melanjutkan bicara, Saleha juga melahirkan rasa gembira dan teruja kerana dapat membawakan watak sebagai seorang doktor, yakni petugas barisan hadapan ketika dunia sedang dilanda pandemik COVID-19.
"Dah lama sebenarnya saya mahu membawakan watak seperti Dr Suzanna ini. Saya ingin tahu bagaimana rasanya menjadi petugas barisan hadapan.
"Tambahan pula, kita sebagai pelakon sering menjalani swab test setiap kali mahu bekerja. Jadi, sedikit sebanyak ia memberi gambaran bagaimana tugas yang bakal dipikul oleh Dr Suzanna,” katanya yang menjadikan watak Meredith menerusi siri Grey's Anantomy sebagai inspirasi ketika membintangi drama ini.
Love in Lockdown boleh didapati secara eksklusif di Sooka. Penonton boleh menyaksikan 2 episod pertama secara percuma mulai 20 Februari 2022, dan menonton episod selebihnya dengan melanggan Pelan Hiburan VIP Sooka pada harga RM15.90 sebulan atau Pelan VIP+Sports pada harga RM41.90 sebulan.
Untuk memenuhi keinginan anda untuk kandungan terbaik tempatan dan aksi sukan secara langsung, langgan Pelan VIP sooka sekarang atau muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau kunjungi sooka.my.
Kredit foto: Firdaus Salleh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

gempak
22/08/2024
08:00 MYT
Pelakon, Siti Saleha memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram walaupun kehilangan pengikut di Instagram.
Hiburan

“Tak Baik Lah Buat Macam Tu, Awak Bukan Siti Saleha” - Siti Saleha

gempak
30/07/2024
03:55 MYT
Baru-baru ini, pelakon Siti Saleha tampil memuatnaik satu hantaran memaparkan akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan ‘cat fish’.
Laman Utama

That Cover Girl Beri Cabaran Buat Siti Saleha - “Sebagai Pelakon Saya Puas”

gempak
09/11/2023
09:55 MYT
Sally kalau berlakon memang best.
Laman Utama

“Saya Akan Fikir Dua, Tiga Kali” – Siti Saleha Berwaspada Sebelum Kongsi Apa-Apa Di Media Sosial

gempak
07/11/2023
12:55 MYT
Ini pendirian Siti Saleha
Laman Utama

“Yang Penting Dia Belum Kahwin & Tiada Anak”- Siti Saleha Mengaku Sedang Mengenali Hati Joshua Fitton

gempak
07/12/2022
00:00 MYT
Semoga baik-baik sahaja untuk Saleha