Laman Utama
"Tok Sah Melalut Pada Isu Lain" - PU Syed Blocked Komen Netizen Kurang Adab
Pendakwah bebas, PU Syed memilih untuk menyekat komen-komen yang ditulis netizen di hantaran akaun Instagram miliknya.
Menuru Syed, tindakan itu bukan bertujuan menyekat teguran atau pendapat yang diutarakan netizen tetapi untuk mengekalkan kesopanan dan mengelak ungkapan berbaur kesat.
“Ambe block dan remove komen netizen yang kurang adab dalam memberi komentar untuk tidak mahu terlajak kata,” tulisnya.
Tambah Syed lagi, komen-komen itu adakalanya berunsurkan provokasi.
“Bila kita utarakan sesuatu isu… Bincang dan fokus isu tersebut, tok sah melalut pada isu-isu yang lain.
“Ada yang cuba nak perangkap dengan isu lain, bila diberi penerangan dan menjawab soalan dan provokasi yang diajukan.
“Maka dikatanya pula kita sombong, angkuh, munafik dan macam-macam. Jadi sewajarnya ambe remove dan block beliau-beliau itu untuk tak nak panjangkan kalam dan kata-kata yang tidak berfaedah,” jelasnya.
Terdahulu Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak merupakan antara pendakwah yang lantang bersuara mengenai sesuatu isu.
Antaranya yang terbaharu adalah mengenai penganjuran konsert artis luar negara di Malaysia.
Must-Watch Video