,
Terkini

TMSMY4 (RECAP): Markah Penuh Konsert Minggu Keenam! Abang Jagung Berputih Mata Tersingkir

Muhammad Firdaus
22/01/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keenam The Masked Singer Malaysia Musim Ke-4 (TMSMY4) baru sahaja melabuhkan tirai.
Membawakan lagu oleh Kau Atau Aku oleh Elyana, Bunga Matahari berjaya meraih tempat pertama dengan markah kesuluruhan 78.53%.
Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh peserta di sebalik maskot Biskut Aiskrim dengan markah keseluruhan 70.39%.
Nasib masih menyebelahi dua peserta tercorot iaitu Musang dan Bawang Putih dengan markah masing-masing 68.57% dan 67.89%.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Angah Je Teka Salah… Abang Jagung Rupanya Azan Ruffedge!

Malangnya, maskot Abang Jagung tersingkir dengan markah keseluruhan terendah iaitu 61.06% sekaligus mendedahkan identiti selebriti di dalam kostum, Azan Ruffedge.
Minggu hadapan bakal menyaksikan 8 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, dan Bawang Putih.
Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.
TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).
Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.
Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.
Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.
Tertakluk pada terma dan syarat.
WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Viral

Suruh Berhenti Bercakap, Bapa Mek Yun Dipuji Netizen Sebab Hormat Laungan Azan - “MasyaAllah Terbaiklah Pok”

gempak
09/07/2024
02:50 MYT
Pempengaruh yang dikenali kerana petah berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan, Mek Yun sekali lagi mencuri tumpuan netizen dengan konten yang dimuat naik.
Berita

Masjid Di Kajang Laung Azan 4 Minit Awal, Penduduk Yang Dengar Wajib Ganti Puasa

gempak
31/03/2024
14:44 MYT
Isu masjid melaungkan azan Maghrib yang juga menjadi panduan umat Islam berbuka puasa lebih awal nampaknya berulang lagi untuk Ramadan tahun ini.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Stacy Tak Dapat Sorok Identiti Bunga Matahari Daripada Peminat - “Mereka Awal-Awal Dah Serang Saya”

gempak
19/02/2024
05:55 MYT
Takpe, janji Bunga Matahari nombor syatuu!