,
Hiburan

Tinggalkan YG Entertaiment Untuk Karier Solo, Jennie Blackpink Dedah Maksud Agensi Miliknya ODD ATELIER

Maliah Surip
05/01/2024
14:55 MYT
Jennie Blackpink yang memilih untuk mengurus karier seninya tanpa agensi lama iaitu YG Entertainment mendedahkan tentang keputusan yang diambil.
Menurut Jennie dia mahu karier solonya tidak terikat dan boleh menjalankan promosi sendiri di bawah agens miliknya yang diberi nama ODD ATELIER.
“Saya mahu melakukan promosi dan mengurus karier solo dengan bebas sekaligus memperkukuhkan agensi saya,” kata Jennie sewaktu menjadi tetamu dalam program The Seasons - Lee Hyori's Red Carpet yang dihoskan Lee Hyori di KBS 2TV baru-baru ini.
Bercakap tentang pemilihan nama ODD ATELIER atau digelar OA yang ditubuhkan sejak November lalu, Jennie mendedahkan ia mengusung keinginannya untuk terus berkembang.
“ODD ATELIER adalah tentang kemahuan saya melakukan perkara dengan lebih baik dan berbeza daripada orang lain. Tolong sokong saya,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun itu kemudian memberitahu meski banyak memberi fokus terhadap karier solo pada tahun ini, dia tidak pernah mempunyai masalah atau perseteruan dengan agensi lama.
Dia malah sangat bersyukur kerana telah berkesempatan menjadi salah seorang ‘anak’ di YG Entertainment.
“Saya hanya menjalani karier solo di bawah agensi sendiri tapi semua aktiviti berkaitan Blackpink masih diuruskan YG Entertainment.
“Saya telah lama bersama YG Entertainment. Inilah agensi tempat sejak saya menjadi trainee sehingga sekarang.
“Saya belajar banyak perkara di sini dan masih mempunyai hubungan yang baik,” akuinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

gempak
11/08/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.
Hiburan

Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape

gempak
09/07/2024
08:00 MYT
Nama bintang K-pop, Jennie Blackpink menjadi perbualan hangat di Platform X susulan tersebar sepotong video menunjukkan bintang itu menghisap vape di dalam bangunan.
Hiburan

Jadual Terlalu Padat, Jennie BLACKPINK Pernah Tidak Tidur 4 Hari

gempak
02/03/2024
15:55 MYT
Jennie mengaku pernah tidak tidur lebih empat hari kerana terlalu sibuk
Hiburan

Jisoo, Jennie, Rosé & Lisa Tidak Perbaharui Kontrak Dengan YG, Tapi Masih Kekal Jalani Aktiviti Sebagai BLACKPINK

gempak
29/12/2023
05:25 MYT
Masing-masing uruskan kerjaya sebagai individu