gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Tengku Ampuan Pahang Ziarah Pusara Akiko, Ridzuan Ridzokumura: “Terima Kasih Banyak-Banyak…”
BERITA
Pelawak Santan Berlada, Khairul Azhar Meninggal Dunia
HIBURAN
Netizen Tak Senang Dengan Perkongsian Ameera Khan Tayang Kemesraan Dengan Jefri Nichol - “Kita Sesama Islam Tolong Jangan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Timbul Dakwaan Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Nora Danish - “Tiada Langsung Ura-Ura Rujuk Cuma…”

gempak
Umirah Halim
28/05/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Timbul Dakwaan Bakal Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Nora Danish - “Tiada Langsung Ura-Ura Rujuk Cuma…”
Pelakon, Nora Danish, menafikan spekulasi yang mendakwa dirinya bakal rujuk dengan bekas suami, Nedim Nazri.
Menurut Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 43, dakwaan itu timbul mungkin kerana keakraban mereka yang masih baik meski sudah tidak bergelar suami isteri.
“Saya baru dengar cerita (dakwaan rujuk) ini hari ini. Mungkin keakraban kami yang buatkan orang keliru atau salah faham.
“Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Setakat ini, kami memang tak boleh bersama tapi kami saling faham sesama sendiri,” ujar Nora.
Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis Pelancaran koleksi Amber Oasis Abaya di Glasshouse Seputeh, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Nora turut menjelaskan, buat ketika ini tiada langsung perancangan untuknya kembali bersama.
Malah, dia lebih selesa mengekalkan hubungannya bersama Nedim dalam keadaan yang harmoni memandangkan mereka pernah melalui fasa kehidupan berumah tangga selama lebih sedekad.
“Situasi kami adalah pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja, tidak lebih dari itu.
“Untuk dakwaan saya akan rujuk dengan bekas suami saya itu, saya sangkal dakwaan tersebut. Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini.” tambahnya lagi.
Mengulas soal jodoh, pelakon drama Puteri itu tidak menolak kemungkinan akan berkahwin semula, namun menegaskan dia belum bersedia untuk kembali berumah tangga.
“Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Dalam fasa itu, memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini.
“Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja.
“Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi,” katanya.
Imbas kembali, Nora dan Nedim Mohamad Nazri, 41, bercerai pada Jun lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl, 6.
Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan memiliki anak lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Topic Berkaitan
#Nora
#Suami
#Nedim
#Rujuk
#danish
Must-Watch Video