,
Laman Utama

TikToker Dikecam Duduk Rumah PPR Tapi Gaya Hidup T20 - “Saya Cari Kerja Untuk…”

Asyikin Mayudin
21/08/2023
23:45 MYT
Baru-baru ini, TikToker yang dikenali sebagai Syamimia dikecam segelintir netizen disebabkan menetap di rumah flat namun memiliki perabot dan barangan elekrik jenama mewah.
Sejak beberapa hari lalu, timbul perbalahan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan taraf hidup Syamimia tidak sesuai untuk duduk di rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).
Syamimia akhirnya tampil ‘membuka mulut’ dengan mendedahkan rumah tersebut merupakan peninggalan arwah ibunya sebelum meninggal dunia.
“Iya betul, saya berhenti belajar lepas Ummi meninggal. Ummi baru berapa bulan beli rumah ni dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KI.
“Supaya Ummi tenang di ‘rumah baru’. Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak perjelaskan pada strangers.
“Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ni, saya perlu ‘ditemuduga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ni.
“Bil elektrik tertunggak ribuan ringgit, bil air (sebab Ummi dah berbulan tak kerja), baki loan rumah ni sangat banyak (90 peratus baki),” kongsinya menerusi TikTok.
Pada perkongsian yang sama, Syamimia turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya melunaskan baki tertunggak dan berniat untuk menghadiahkan rumah itu kepada adik kesayangannya iaitu Syarina.
“Alhamdulillah saya dapat selesaikan di usia muda dan rumah ini diberikan kepada saya kerana saya dapat melunaskan baki. Ini salah satu impian cara saya buat Ummi happy sebab dia pun suka rumah cantik.
“Saya juga pernah berseloroh sebelum ni, ingat tak? Jika saya ada rumah baru, rumah ni dan segala isinya akan saya hadiahkan pada buah hati saya, Syarina.
“Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak-anak. Salam perkenalan, saya Syamimi yang suka mendeko berhias dan memasak,” katanya.
Sebelum ini, sejarah kehidupan Syamimia yang dibesarkan oleh ibu tunggal kelainan upaya yang cacat penglihatan atau buta pernah menarik perhatian ramai.
BACA SINI: #GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tamatkan Riwayat Sendiri Kerana Siber Buli, Ini Kronologi Kes Influencer Rajeswary Appahu

gempak
11/07/2024
00:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh berbangsa india Rajeswary Appahu yang didakwa menamatkan riwayat sendiri akibat tidak tahan dibuli menggemparkan orang ramai baru-baru ini.
Viral

Syamimia Beri Rating Komen-Komen Toksik Netizen! - "Cukup Pedas, Cukup Menyakitkan Hati"

gempak
19/06/2024
00:55 MYT
Kerap menerima kecaman dan kritikan, personaliti media sosial Syamimia tampil dengan satu video di TikTok memberi ulasan mengenai komen negatif netizen terhadap dirinya.
Viral

Syamimia Unboxing Peti Sejuk Mahal, Ini Respons Wargamaya: “Dah Beli Yang Ori Pun Netizen Melalak”

gempak
13/06/2024
00:55 MYT
Masihkah anda ingat mengenai isu jenama peti sejuk yang digunakan oleh pempengaruh Syamimia suatu ketika dahulu sehingga mencetuskan kecaman dalam kalangan netizen?
Viral

TikToker Islamik Dari Indonesia Kantoi Bercumbu Dengan Penyanyi Wanita Di Kelab Malam

gempak
25/05/2024
12:55 MYT
Seorang pempengaruh yang cukup popular di Tik Tok sedang menjadi perbualan hangat selepas gambar dirinya bermesra dan bercium dengan wanita di dalam kelab malam tersebar.
Hiburan

Syamimia Dah Agak Nama Dipetik Dalam Senarai Blockout 2024 - “Awas!”

gempak
14/05/2024
00:55 MYT
Kecoh di laman TikTok mengenai gerakan Blockout 2024 yang iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.